BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 30, 2011

tInTa PeNa..

telah begitu lama tidak ku palitkan pena ku ini.. entah mengapa terasa ingin untuk meluahkan sesuatu yang terbuku dihati.. aku sendiri tidak pasti.. dimanakan harus ku mula.. syg.. masih segar diingatan ku saat pertemuan kita dahulu.. boleh dikatakan seperti baharu semalam saat aku menegur mu.. namun hari ini engkau telah pergi dari ku.. jauh meninggalkan daku sendirian..

"sudikah engkau menjadi teman ku..?" itulah ayat yg terungkap dari mulut ku sewaktu kita berbicara pada pertemuan kali pertama.. engkau terpaku.. seakan tidak percaya akan kata-kata ku.. aku menunggu dan terus menunggu.. engkau hanya bingung dan kemudiannya berlalu tanpa jawapan.. hatiku memujuk sayu..

selang beberapa hari kemudiannya, aku cuba untuk menghubungimu.. bertanyakan jawapan untuk soalan yg telah ku ajukan.. sekali lagi engkau seakan tidak percaya..beranggapan bahawa aku sekadar bermain dengan kata-kata.. akhirnya engakau memberikan kata putus.. hatiku melonjak kegembiraan seperti burung yg dilepaskan dari sangkarnya.. berterbangan di angkasa raya..

terlalu banyak kenangan yg telah kita ukirkan bersama.. rasa seperti tidak cukup helaian untuk ku nukilkan kesemuanya.. namum masih segar diingatan ku.. setiap detik yg kita lalui bersama.. mungkin ada masanya aku menjauhkan diri.. dan engkau sering mengadu.. bertanyakan sebabnya.. syg menertilah.. dalam setiap hubungan pasti akan ada pasang surutnya.. dan setiap yg berlaku pasti akan ade sebabnya.. renungkanlah wahai syg.. aku memberi engkau ruang untuk berfikir.. merenung setiap yg berlaku..

kadang kala, engkau cuba untuk mengukur kesetiaan ku.. engkau pandai bermain dengan kata-kata.. cuba untuk membuatkan ku cemburu.. namun aku sedar akan helah mu.. tiada yg lain bertapak dikamar hatimu selain ku.. telah kuukir nama ku di hati mu.. tiada dua hanyalah satu..

sesekali cuba untuk merajuk dengan ku.. cuba untuk mendapatkan perhatianku walaupun engku tahu aku sibuk dengan kerja-kerja ku.. seringkali hati ku tercuit oleh perangai mu yg seakan-akan keanakkan.. akhirnya aku mengalah dengan sifat keanakanmu.. kucuba untuk memujuk mu.. agar kau mengerti keadaan ku..

namun setiap yg bermula pasti akan ada pengakhiranya..

TO BE CONTINUE..

Saturday, October 29, 2011

Lelaki Acuan Al-Quran
Lelaki acuan al-Quran
Ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan al-Quran.


Thursday, October 20, 2011

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH



Mungkin ibu lbh kerap menelefon utkmenanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..

(sebarkan jika kita sayang kepada ayah kita)

Ɩ♥ѵӗ U ayah ({})♥

* mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang ayah ataupun redhanya... saat kita exam, adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita. kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu.

* sedalam dalam hati ayah, ada perasaan mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarganya.

* answer me, siapa lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hidup kalian? yang sanggup berkorban duit, sanggup melukakan dirinya untuk kalian...♥

Sunday, October 16, 2011

BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….

Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..




Saturday, August 6, 2011

Doa dan Tawakal


Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku... tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin.

Sunday, June 26, 2011

Ikatan Janji Setia

Ikatan janji setia.. nice entry right..? hehe.. “Disebalik kejayaan seowang lelaki, berdirinya seowang perempuan..” kawin2.. hurm.. rasanya belum sampai masanya lagi untuk aku fikir pasal ni.. nak kata still budak2 ta jugak, nak kata tua pon ta jugak.. tapi lately aku dah naik boring da dengar sal ni.. hurm.. ada la sebabnya kenapa aku rasa macam tu.. nanti aku cite satu2..



Actually abang aku baru je lepas kawin.. hurm.. macam2 cite sal dia kawin.. almaklumlah, menantu sulung la katakan.. hahaha.. hurm.. abang aku ni still muda.. beza 3 tahun je dari aku.. tapi tu la kan owang kata, kalo dah jodoh.. hurm.. yang parents aku ni pulak ta sabar nak dapat menantu.. hai.. kena la tu.. hahaha.. tapi actually he miss a lot of chances.. dia dapat offer untuk keja di syarikat jepun tapi dia tolak sebab fikirkan isteri dia.. lagipon isteri dia da mengandung 3 bulan if i not miss taken.. so syg la nak tinggalkan.. he also miss his chance to pursue his study because of his marriage.. bukan ta suka abang kawen, just nak ambik pengajaran daripada apa yg berlaku.. ye la.. Bila dah kawin nak kena sara isteri.. then beranak-pinak.. pape pon congrate la ek abang ta lama lagi akan jadi ayah.. :D



Tu satu cite.. kawen awal.. yang ni pulak belum sampai jodoh.. ade lagi satu cite ni.. member aku.. pompuan.. hahaha.. kesian dia.. beza ngan aku 5 taon.. dia actually ngah risau sebab mak dia suruh dia cari calon cepat2.. hehehe.. almaklumlah adik dia tu dah ada calon.. so dia ta nak la adik dia langkah bendul.. hahaha.. dia kata nanti ape pulak owang duk kata.. ni lagi satu penyakit.. mulut owang.. sampai bila pon duk bunyi.. memang ta boleh nak halang.. bila diowg penat, dowg berenti la.. perduli la ape owg kata.. ambik yang baik2 je dah la.. mulut owg.. dengar boleh, percaya jangan..  dia kata lagi “kalo cari calon macam cari barang kat pasar senang la.. boleh main pilih je.. ni ta.. nak cari owang yg nak sehidup semati ngan kita.. bukan senangkan ooo..” hahaha.. entah la.. aku dah bagi nasihat kat dia.. aku kata suruh la mak carikan.. lagipon pilihan owang tua2 ni kadang2 kekal sampai ke akhir hayat.. dia kata mak dia ta nak campur.. takot dia ta berkenan dengan pilihan mak dia..  so aku cakap la.. cuba la berkenalan dulu.. kalo rasa ta serasi tukar la pilihan lain.. entah la.. aku je bagi advise je.. nak terima ke ta tu atas tuan punye badan la kan.. :D


Hah.. dah dua cite.. ok.. sekarang ak nak cakap kenapa aku kadang2 dah naik boring ngan sal kawin2 ni.. ok macam ni.. akak  ipar aku ni owang batang kali, Selangor.. so nak dijadikan cerita sume lah yang bagi nasihat kat aku suruh cari owang dekat2 je.. ade la dalam 10 owang pesan kat aku macam tu.. alahai.. yang ayah aku pulak lagi sporting.. nak tahu dia cakap ape..?? hahahaha.. dia cakap “kalo cari owang utara xpe, jangan selatan sudah..” bhahahahaha.. ape la.. actually diowang kata macam tu sebab ta larat nak berbesan ngan owang jauh.. hahaha.. ni sume abang aku nye pasal.. ta dapat nak cari yang jauh2.. hahahaha.. xde3.. gurau je.. adoiyai.. ana sudah fenin lalat lah.. hahaha.. pernah sekali mak aku pesan.. kalo nak kawin letak 20k kat depan dia, then we talk.. hahaha.. tapi yang ni aku terima.. ye la.. nak ambil anak owang, bukan boleh wat loan macam beli kereta, mak aku cakap.. hahahaha.. betul jugak mak aku cakap tu.. then aku saje nak sangkat mak aku.. “so kalo ta ada 20k taleh kawin la ye..? alamatnya tunggu tua berjanggut dulu la mak oi..” cepat2 mak aku tarik balik.. hahahahaa.. pape pon aku pegang apa yg mak cakap tadi.. got 20k, then we talk.. hehehe.. :D actually banyak lagi nak cite.. tapi simpan untuk next entry.. till then.. see ya..




Wednesday, June 22, 2011

6 Reasons Why Sweet To Be Single

Nak tahu kenapa..? Baca ni.. Hehehe..

1. Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.

2. Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kuat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.

Monday, April 11, 2011

KeNaNgAn dArI pApa

Cerita ni masa aku kecik-kecik.. masa tu umur aku pon baru setahun jagung.. aku tinggal di kampung.. tapi aku ta pernah rasai mcm yg owg2 kampung rasa.. contohnya mandi sungai, panjat pokok, pegi mancing and so on.. actually ada.. hehe.. tapi curi2.. hehehe ;-) aku pena panjat pokok ‘star’.. hehehe.. kowg tahu ta pokok apa tu? Tanye owg kelantan kalo nak tahu.. hehehe..

Hurm.. ade satu kenangan yg ak taleh lupa.. kenangan yg papa bagi.. sbb papa la ak jadi mcm ni.. hehe.. thanks papa.. aku ingat lagi.. dulu2 time ak kecik.. kawan2 aku nak g mancing.. hehe.. aku pon ape lg.. join la.. tapi curi2.. kan aku dah kata tadi.. hehehe.. aku pon ape lg.. cari batang kail la.. abis tu g cari umpan.. cuba teka umpan ape..? hehe.. cacing la.. pakai cangkul.. abis tu letak cacing2 tadi dlm tempurung.. hehe..

Bila dah siap sume, kami pon ape lg.. jalankan misi la.. hahaha.. kami mancing suka2 je.. lg pon ni la first time aku pegi mancing.. epi beb..! hahaha.. kowg tahu ta part mana plg susah dlm mancing..? ni rahsia tau.. jngn bagi tahu ikan.. nnt kompem kowg ta dpt ikan klo pegi pancing.. hehehe.. :-p part letak umpan la.. sbb time nak letak umpan, kowg kena pegang cacing tu.. hehehe.. kowg penah pegang cacing ta..? nak tahu came rasa ta..? pegi ambik cangkul gali.. then pegang la.. hahaha...

Bila sebut pasal cacing teringat kat member laki aku yg sowg ni.. hahahaha.. kelakar betul.. dia takut cacing.. bukan cacing je.. katak pon.. hahahaha.. bila kowg usik je cakap katak kat kaki dia, lintang pukang la jawabnya dia lari.. hahahahaha.. ta patut betul laki takot kat katak.. hahahaha.. ok2.. sambung balik.. hehehe.. cara nak letak cacing tu ta boleh bg nmpk mata kail.. kalo ta, alamat lari la ikan2 tu.. hehehe.. lepas tu kan, kowg kena ludah dekat umpan tu.. hehe.. yg ni ak pon ta tahu sebab dia.. maybe nak bagi umpan tu ade rasa masam2 manis kowt.. hahahahaha.. :p

Tunggu punya tunggu, hampeh.. seekor pon ta dpt ikan.. hahaha.. bunyi letak umpan mcm hebat je kan.. hahaha.. biasa la.. first time beb.. hehe.. sedar ta sedar aku mancing sampai lewat senja.. dah la balik umah dengan baju yg kotornya.. oppss..!!! abis la bila balik nnt.. huhu.. macam yg ak sangka.. sampai je rumah, madam besar dah tercegat kat depan pintu.. apa lg.. kena bedal la.. huhuhu.. time kecik2 kan nakal.. hehehe.. ape lg.. nanges la.. (dngn harapan mama nak pujuk.. hehehe)

Tiba2 bos besar dengar aku nanges.. huhuhu.. dia pon angkat aku letak lam blk air.. dia jirus aku ngan air suruh aku berenti nanges.. tp aku still nange jugak.. dia pon angkat aku letak kat luar rumah.. dia suruh aku berenti nanges.. sampai kali ketiga dia masuk dalam ambik tali lembu.. ape lg.. dibedalnya tali lembu tu kat atas belakang.. ZAPP..!! ADUH..!!! eee.. kowg bayangkan la.. mcm mne sakitnya.. hukhukhuk :,( papa tanya nak berenti nanges ke ta..? aku pon ape lg.. terpaksa la tahan nanges tu.. hehehe.. takan nak kena balun lagi kowt.. Hehehe.. last2 mama datang pujuk.. hehehe..

Sebab tu time sekolah aku ta penah langgar disiplin.. bagus ta..? hahahaha.. mesti kowg kata bajet la tu an.. hahahaha.. cakap pasal disiplin, teringat kat sowg cikgu aku ni.. dia kata “kalo wat jahat ta salah, bila kne tangkap baru salah..” hahahaha.. sempoikan cikgu ak ni.. ramai member2 aku kata yg ak ni budak skema.. hehehe.. ta kisah la.. yg ak tahu aku ta nak kena libas dengan tali lembu lg.. hehehe.. thanks to papa.. kalo ta la kan.. agk2 mcm mana la aku sekarang ni.. hehe.. sampai sekarang aku takot nak buat salah.. takot nnt papa marah..

Pape pon, life is about learning right..? aku da buat salah sekali.. aku ta nak buat untuk kedua kali.. hehe.. kowg pon.. kalo kowg jatuh.. bngn balik untuk menapak.. jatuh sekali bukan bermakna jatuh selamanya.. kena ke dengan cite ni..?? hehehe.. pape je la.. free advise.. take it or leave it.. (^_^)

Monday, March 7, 2011

Mengejar Cinta Abadi...

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, ke macho an lelaki.
Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu
penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran
masa yang berlainan arah. yang menjadi persoalannya, relakah kau
mengejarnya?
_________________________________________________________


Zai merenung seorang lelaki di belakangnya yang sedang asyik membersihkan
darah dari kesan luka di belakang badannya. Pedih, tetapi alis mukanya tidak
menggambarkan yang dia sedang sakit mahupun takut. Sudah biasa dipukul,
dihiris. Tetapi dia tidak biasa duduk kaku begini, sambil melihat seorang
lelaki yang setia menunggunya hingga larut malam untuk merawatnya.
"Awak tengok apa?" lelaki itu berbisik sambil tersenyum.
Zai merenung lagi anak mata lelaki asing itu. 'Dia tak menyesal ke?'
"Lepas abang balut bahu ni awak boleh tido, ye?" lelaki itu berlalu ke
dapur. Zai dapat mengagak yang lelaki itu akan kembali bersama segelas
horlick panas.
Zai baring mengiring di katil dan memikirkan peristiwa yang terjadi sebentar
tadi.
Semuanya disebabkan kerana penjual buah di tepi jalan itu. Kalau tidak
kerana dia yang mengugut Adam untuk membeli buah rambai itu, semua ini pasti
tidak berlaku.

"Hei, tauke. Aku dah kata, kalau kau minta maaf sekarang kita boleh settle
kat sini...!" Zai menuding jarinya pada seorang pemuda yang bergaya kerek.
"Apa!! Peraturan kat sini, kalau tanya harga mesti BELI !! Kalau tak,
nahas!!" lantas mencapai batang besi yang berdekatan dengannya.
"Eh, awak...Kita beli aje la. Tak payah sampai gaduh macam ni" Adam memegang
bahu Zai dari belakang untuk menenangkannya.
"Tak mahu. Dia mesti minta maaf dulu" Zai merenung tajam sekumpulan lelaki
bersenjata kayu dan batang besi menghampiri mereka. Pengunjung di kaki lima
semakin menjauhi kawasan yang dijangka akan tercetus pergaduhan itu. Pelik,
seorang perempuan yang tadinya manis dipandang mencabar sekumpulan samseng
jalanan.
"Hei bangsat! Kau memang carik pasal!" dengan pantas salah seorang lelaki
berkayu menghayun kayunya ke arah muka Zai.
"Awak..." Adam pantas menghayun kakinya tepat ke arah tangan lelaki
tersebut, lalu kayunya tercampak. Zai tidak membuang masa lalu menghayun
penumbuknya ke perut lelaki tersebut. Lalu menyiku bahu lelaki yang
tertunduk menahan senak itu.
"Iyahhh..." kedengaran jeritan geng samseng menyerbu ke arah Zai dan Adam.
Zai menyusun langkahnya menahan serangan kumpulan samseng yang mula
menggila. Keadaan semakin huru-hara apabila kemudahan disekeliling kawasan
pasar tersebut menjadi mangsa kerakusan samseng jalanan itu.
Satu demi satu samseng ditumbangkan oleh Adam. Sedang asyik Adam menumpukan
perhatiannya pada samseng-samseng yang mengerumuninya itu, keliahatan
samar-samar Zai terlantar di atas jalan.
"Awak..!!" Adam menjerit memanggil Zai.
DEBUK !! satu penumbuk hinggap di muka Adam, tetapi kesakitan itu tidak
dirasa sedikit pun, yang bermain difikirannya, keadaan isterinya!
"Cukup, kita settle baik-baik la..." Adam menjerit memberitahu hasratnya.
Harapannya agar pergaduhan ini akan cepat selesai dan dia mahu melihat
keadaan isterinya. "Cukupppp...." Adam sudah mula kehilangan sabarnya.

Tiba-tiba kedengaran siren polis.
"Awak..." Adam menjerit lagi. Orang awam disekeliling tidak kelihatan.
Kepada siapakah Adam harus meminta pertolongan? Isterinya terlantar di tepi
jalan!
"Polis!" samseng-samseng jalanan tersebut mula bertempiaran melarikan diri
apabila menyedari kehadiran polis. Adam terus berlari mendapatkan Zai
apabila samseng-samseng itu mula beransur.
"Awak?" Zai sudahpun berada di dalam dakapan Adam.
"Awak, jangan bagi saya risau la" Zai membuka mata dan keliahatan Adam
sedang memangkunya sambil tersenyum.
"Saye OK la" Zai mendiamkan dirinya dalam pelukan Adam, sambil merenung
wajah sejuk itu.
"Alhamdulillah" Adam tersenyum lega.
"Encik, boleh tak pergi ke balai membuat laporan?" suara dan kehadiran polis
berpangkat sarjan itu seolah-olah tidak wujud disekitar kawasan itu. Adam
asyik merenung isterinya yang layu dipukul tanpa belas kasihan itu. Tetapi
dia tidak berdendam pada samseng jalanan itu, dia mahu lupakan segala apa
yang terjadi sebentar tadi dan memulakan hidup baru.

"Minum dulu" Adam muncul bersama segelas horlick panas sambil tersenyum. Zai
merenung lagi muka sejuk lelaki asing itu. 'Itu suami aku? Tapi mengapa
dia?'
"Esok kalau awak dah baik, kita makan satay kajang nak? Dah lama tak makan
satay" Adam menghulurkan sepasang baju tidur dan beredar. Zai memerhatikan
Adam menutup pintu bilik. Ketika ini Zai termenung memikirkan kesabaran
lelaki itu. Selama tempoh seminggu mereka berkahwin ini, tidak pernah
sekalipun Adam menyentuh tubuhnya tanpa kebenaran. Manakan pula memaksanya
untuk bersama. Tetapi layanan lelaki itu sungguh lembut dan menyenangkan.
Zai memerhatikan dirinya pada cermin di depannya. Mukanya tidak pernah
senyum walau sedikit pun di depan lelaki itu. Berbual pun tidak pernah
panjang.
Dia cepat marah, lelaki itu penyabar. Mukanya tawar, tetapi lelaki itu manis
dipandang. Dia selalu menimbulkan pergaduhan, tetapi lelaki itulah yang
sering menjadi penenangnya. 'Dia ni betul ke tidak?'. Zai mencapai sepasang
baju tidur dan menyalin pakaiannya.

"Awak, saya dah sediakan makan malam..." Adam menyelak pintu bilik. Zai yang
masih menyalin pakaian cepat-cepat menutup tubuhnya dengan kedua belah
tangannya.
"Erk, sorry. Saya tak sengaja" cepat-cepat Adam mengalihkan pandangannya dan
menyorok di belakang pintu.
"Saya ingatkan awak dah salin. Tu yang saya...maaf ya. Saya tunggu di bawah"
tiada lagi kedengaran suara Adam. Zai diam membisu. Pipinya merah, hendak
ditahan tetapi kudratnya tidak mampu. Hatinya bergetar, diurut-urut dadanya.
"Astagfirullah al azzimm..." Zai benar-benar terkejut, hampir luluh
jantungnya mengenangkan Adam telah melihat susuk tubuhnya. 'Tetapi dia kan
suami aku?'. Zai duduk termenung.

Adam masih lagi menunggu Zai di meja makan. "12:30 ?" Adam merenung lauk di
atas meja itu tidak berusik. Diukirkan nya senyuman untuk mengubati hatinya.
Mungkin dia beristeri tidak seperti orang lain, bermanja bergurau senda.
Tetapi dia sama seperti pasangan suami isteri yang lain, kerana dia juga
berkorban demi pasangan. 'Selagi aku hidup dan waras, Zulaika kan tetap aku
pertahankan. Dia sudah cukup menderita selama ini'. Adam tersenyum lagi,
menunggu.
Tiba-tiba.
"Tak lapar ke?" Zai muncul memakai t-shirt putih dan berkain batik.
"Saya tunggu awak" cepat-cepat Adam mencapai senduk dan menyedok nasi untuk
Zai.
"Esok saya kene kerja" Adam memulakan perbualan. Zai sekadar memandangnya
sekejap dan menoleh ke pinggan nasinya.
"Awak nak saya carikan kerja ke?" Adam menarik perhatian Zai sekali lagi.
"Erm..." Zai tersentak.
"Saya cuma risau awak boring duduk kat rumah aje" Adam menyedokkan kuah
gulai ke pinggan Zai.
"Terima kasih" Zai tunduk. Adam mencuri pandang Zai yang makan disebelahnya
itu. Anak matanya tajam memerhatikan Zai menguis nasi panas.
"Apa?" Zai mula perasan.
"Tak...tak ada apa-apa" cepat-cepat Adam melarikan pandangannya pada ikan
gorengnya lalu dirobek-robek isinya. 'Nak tengok pun tak kasi. Orang nak
bermanja sikit. Cium kang.Ha,nak? Nak?'
"Jangan main-main masa makan" Zai bersuara.
"Erk! Sorry" Adam tersenyum sinis.
"Nak tambah ikan goreng..." Adam senyum meleret.
"..." Zai sekadar menggeleng kepala.

Selesai saja menolong Adam mengemas dapur, Zai bergegas ke bilik. Dia
semakin segan untuk meluangkan masa bersama Adam. 'Alahai, karang dia masuk
bilik. Ape aku nak buat ni? Ya Allah' Zai menekup mukanya. Seperti biasa Zai
akan berdebar-debar sewaktu menunggu Adam memasuki bilik dan tidur
disebelahnya. Mana la tahu kalau-kalau ada benda yang nak jadi? Sejak malam
pertama mereka lagi Zai sudah tidak keruan memikirkan hal ini. Kalau di
kampung dulu boleh la dia mengelakkan dirinya, kerana sudah semestinya Adam
akan segan menyentuhnya disitu. Lagipun dia boleh menjerit, dan emaknya
boleh bangun menyelamatkannya. Tetapi sejak berpindah ke KL malam semalam,
hatinya makin tidak tenteram. Malam ini adakan dia akan selamat lagi?
"Assalamualaikum..." Adam muncul di muka pintu.
"..." Zai menarik selimut dan mengereng ke kanan. Dipejamkan matanya dan
berselawat tidak henti-henti. 'Ah, aku terlupa doa tolak bala pula...' Zai
mengetap bibirnya.
Adam baring disisi Zai dan menarik selimut ke arahnya.
Lantas Zai berpura-pura sedang tidur.
"Awak...awak dah tidur?" Adam memandang Zai yang sedang memejamkan matanya.
Tetapi keningnya bergerak-gerak. 'Pura-pura tidur la tu'. Adam tersenyum
memandang isterinya yang pelik itu.
'Awak jangan buat apa-apa, kalau tak saya jerit!' Zai berdebar-debar.
Hatinya tidak keruan selagi lelaki itu tidak tidur. Nafasnya makin kencang.
Tiba-tiba Zai terasa suatu benda sejuk di dahinya. Lembut, kesejukan itu
mula merebak ke hatinya. Matanya semakin layu. Ketenangan sudahpun
menyelubungi dirinya. Zai mula terasa kepenatan lalu tidur dengan lena malam
itu.
Adam pula, berdebar-debar setelah mencium dahi isterinya. 'Terima kasih,
awak. Kesian awak, kalau tak sebab saya yang menggatal tanya harga buah
petang tadi, awak tak jadi macam ni'.
Adam tersenyum, berbagai persoalan berlegar dalam fikirannya. 'Adakah itu
tandanya sayang? Ada tak perempuan lain yang sanggup memperjuangkan maruah
aku seperti Zai? Ah, apa salahnya aku hidup berumah tangga begini sekiranya
sayang itu wujud, cuma tidak dipamirkan terang-terangan.
Eh, atau aku yang perasan?' Adam memandang Zai yang lena disebelahnya.
'Tidak mengapa, awak. Saya akan tetap sayang awak...'

[mimpi Zai]
Dari tadi Zai hanya memandang suasana rumahnya yang dipenuhi orang kampung.
Fikirannya kosong. Zai memanjangkan pandangannya ke sawah ditepi rumah.
Angin yang bertuip melanggar padi yang hampir menguning seakan menghanyutkan
jiwanya bersama.
"Zai, kenapa tercongok kat tingkap tu? Tak manis bakal pengantin buat
perangai macam tu" Halimah bercekak pinggang memandang anak sulungnya dari
bawah rumah.
Zai memandang ibunya dengan satu pandangan yang kosong, lalu menutup tingkap
perlahan-lahan.
"bakal pengantin...bakal pengantin..." suara ibunya bergema dalam
fikirannya. Zai mendongak dan melihat keadaan sekelilingnya. Biliknya dihias
cantik. Macam bilik pengantin. 'Siapa yang nak kahwin ni?'. Mata Zai
terbeliak ketika melihat tangannya berinai.'Tidak...'

"Adam, berjanji dengan mak. Jaga Zulaika baik-baik,ya" mata Halimah sudahpun
bergenang dengan air mata ketika ini.
"Mak, saya kan dah janji. Saya akan sayangi Zai. Dah, tak mau nangis lagi"
Adam mencium tangan Halimah. "Senyum la sikit, mak" Adam menghadiahkan
senyuman.
"Mah, dah la tu. Jangan diikutkan sangat perasaan tu. Lupakan kisah lama tu"
Salwa, ibu Adam menghulurkan secawan kopi pada Adam.
"Minum, mak" Adam menolak cawan kopi mendekati Halimah.
"Terima kasih, Adam, Salwa. Aku betul-betul berterima kasih pada korang
anak-beranak" Halimah menyeka air matanya, sedikit riak gembira sudahpun
kelihatan.
"Aku tau Mah, semua tu fitnah. Daripada aku serahkan anak aku pada kutu
bendang tu, baik aku serahkan pada kau bulat-bulat Salwa, Adam" Halimah
mengetap bibirnya. Dia sudah sebati dengan kampung itu, mana busuk, mana
baik, sudah kenal benar.
Adam meluru masuk ke biliknya. Dia tidak tahan dengan perbincangan yang
melibatkan perkahwinannya. Malu...
"Adam...tolong hantarkan Mak Mah kau ni balik. Dah larut benar malam nya"
Salwa menghulurkan tudung pada Halimah."Kalau nak tengok-tengok Zai pun
boleh juga...iye tak mak nya?" Salwa ketawa kecil.
"Ha, molek tu. Adam?" Halimah memandang bakal menantunya dengan senyuman
yang bermakna.
"Hantar boleh la mak, tapi nak jumpe jugak ke? Esok kan nikah. Tak payah la
rasanya" Adam tunduk malu.
"Ala, katanya tak mau. Entah dihati siapa yang tahu?" Salwa mencubit lengan
Adam.
"Hehe...ade-ade aje mak ni. Along tak mau jumpe lagi la. Lagipun Zai tengah
terkejut tu, biar la dia berehat" Adam tersenyum.

Sementara itu di rumah Zai...
"Kak Long..." Siti menjenguk kakaknya yang berkurung di dalam bilik seharian
suntuk.
"Ha?..." Zai senyum melihat adik tunggalnya itu. Siti lah satu-satunya kawan
sejak dari kecil, Zai mana pernah bergaul dengan mana-mana orang tanpa hala
tujuan. Sampaikan orang kata anak Mak Mah sombong-sombong belaka.
Jika difikirkan kembali oleh akal fikiran Zai yang masih waras ini, fitnah
yang diterimanya seperti tidak logik lansung. Tiba-tiba sahaja dia difitnah
melakukan perkara sumbang dengan Kudin di tepi bendang pada malam seminggu
yang lalu. Bukankah dia melalui kawasan itu sewaktu pulang mengaji? Tak
logik...tak logik...
Siti duduk disebelah kakaknya lalu mencapai jari-jemari kakak nya itu. Siti
senyum.
"Siti, akak lapar..." Zai tunduk.
"Jap tau. Siti gi dapur ambikkan nasik" Siti bergegas bangun tetapi Zai
pantas merangkul tangan Siti. Air mukanya suram.
"Akak, Siti pegi kejap je. Lepas ni Siti temankan akak, ye? Kita
borak-borak" Siti menenangkan kakaknya.

Adam memerhatikan keadaan sekeliling. Kelihatan orang kampung yang ringan
tulang masih lagi dengan kerja mereka. Walaupun kenduri kahwin esok diadakan
ala kadar, ia tetap meriah.
"Along, Sarah nak tidur sini malam ni boleh tak?" Sarah berbisik.
"Mak kasi ke?" Adam memerhatikan ibu dan bakal ibu mertuanya berjalan
beriring memasuki rumah pengantin perempuan.
"Ni sarah nak pujuk la ni"
"Hmm...iye la. Karang along datang balik bawak kain baju kamu"
"Yes!! Terima kasih along. Sayang along" Sarah separuh menjerit.
"Iye la. Masa ni aje la sayang along"
"Ala along tu..." Sarah menjeling manja.
"Along, cepat datang balik tau. Orang nak buat laporan" Sarah sudahpun
berlari memasuki rumah. Adam tersenyum melihat gelagat adiknya yang sentiasa
lapang itu. Maklumlah, baru lepas SPM.
"Eh, laporan ape?" Adam termanggu. Dilihatnya sekeliling rumah.

"Kalau boleh akak tak mau kawin lagi, Sarah" Zai menyeka air matanya. Sarah
sekadar mendengar, tidak mampu untuk membantu ketika ini. Dia tidak faham
apa yang dilalui oleh Zai ketika ini, yang pastinya kahwin kerana terpaksa
ini seolah-olah mengorbankan sesuatu. Tidak pasti lagi pulangannya, andai
keruh terpaksa diteguk. Sinar bahagia? Entahkan muncul entahkan tidak.
Sarah merenung Zai yang termenung dengan mata lebam. Ketika ini, Sarah dapat
rasakan, maruah seorang gadis tidak boleh dibuat main. Silap katanya
mengundang bencana, silap langkahnya mengundang fitnah. Kudin kutu bendang
itu memang sudah melampau. Sampai hati dia fitnah Zai sebegini rupa?
"Akak mesti kuat. Kalau akak tak dapat buktikan akak tak bersalah ketika
ini, mesti ada yang akak boleh buat suatu hari nanti. Akak akan tunggu masa
tu, Sarah. Akak takkan menangis lagi!" air muka Zai sudah pun berubah, dari
tadinya suram semacam, tetapi kini seakan kekuatan telah datang menyelubungi
nya. Sarah terpaku melihat perubahan itu.

Suasana tiba-tiba menjadi kabur lalu mengembalikan Zai ke alam nyata,
kembali kepada tempatnya disisi Adam.

Zai membuka matanya perlahan-lahan. Adam tidak berada disebelahnya lagi.
'oh, pukul 6 pagi...'Zai memeriksa pakaiannya. Entah-entah sudah berusik
tanpa diketahuinya.
"Assalamualaikum" Adam baru saja keluar dari bilik mandi.
Zai memandang Adam yang tercegat memandangnya. "Saya nak pegi keje ni. Kalau
ada apa-apa call saya,ek" Adam bersuara.
"..." masih tiada balasan dari Zai.
Cepat-cepat Adam membuka almari. Buat-buat busy. Semua modalnya untuk
bersembang dengan isterinya sudah habis. Takkan nak bermain mata pagi-pagi.
Sudah la Zai mempunyai mata garang. Sekali dia jegil, takut juga dibuatnya.
Tetapi, setiap kali mereka bertentang mata, Adam segan memandang Zai
lama-lama. Berdebar-debar pun ada.

[office Adam]
"Hei, Adam! Lame kau ambik emergency leave ye. Sampai seminggu" Hamdi
bercekak pinggang di pintu pejabat Adam.
"Ler...Hamdi. Kau ni tak pernah yg nak bagi salam,ye. Meh sini jap" Adam
melambai-lambai memanggil Hamdi mendekatinya.
"Ape? Ada makan-makan ke?" Hamdi berbisik.
"Tak, aku dah kawin" Adam berbisik juga.
"Hah!!" Hamdi terkedu. Apesal direct to the point sangat? "Eih, Dam. Aku tak
paham ler wei!" Hamdi menggeleng.
"Apesal pulak tak paham nye. Kan ke terang tadi aku bagitau. Aku dah kawin
la" Adam tersenyum. Dia sudah dapat mengagak reaksi Hamdi sebegitu rupa.
"Kau ni senang-senang aje kawin ye. Macam tak percaya tahu tak? Yang aku
tengok kau ni...kalau nak bercinta punyalah susah. Tau-tau dah kawin? Ha,
ape ni? Tina yg kat luar tu bagai nak rak mengorat kau, kau buat dek aje. Ni
siapa lagi yg tahu ni?" Hamdi tersenyum.
"Tak ade siapa la. Aku tak mau orang lain tahu. Dan kau, tak boleh bagi tahu
siapa-siapa pun. Kecuali isteri kau. Heh heh" Adam mengurut-urut janggutnya
yg kemetot itu. Gayanya seakan-akan orang jahat dalam filem hindustan
mengatur rancangan.
"Tahpe hape la ko nih. Ah, sukati ko la" Hamdi memandang Adam mencari
kepastian dalam setiap kata.
"Eh, Tina tu macam mana?" Hamdi kembali berbisik.
"Ha? Kenapa tanya aku? aku tak pernah layan dia la" Adam terkejut mendengar
nama Tina dikaitkan dengannya.
"ala...mane la tau. Kot-kot ade syaiton nirrojim hasut ko pasang dua.
Bukannya ko tak mampu,kan?" Hamdi tersengih.
"Mmmphh...tak kuasa aku. Tu, yang sorang kat rumah tu pun dah punya susah.
Ini kan pulak nak pasang lebey? Nauzubillah...hehe" Adam menepuk kasar bahu
Hamdi.
"Aik, ape yg susahnye? Kan ke baru kawin, cinta tu banyak lagik. Hahahaha"
Hamdi mengekek.
"Ala, ko kan tau. Aku tak minat la ngan perempuan lembut lemah-gemalai macam
Tina tu. Cakap punya la perlahan, makan pun slow-slow, nak marah pun tak
menggambarkan reaksi marah. Eishh...mau sakit jiwa aku ngadapnye..."
"Lar...begitu ke? Kan ke Tina tu anganan setiap insan berstatus lelaki?
Eceh, cewah..."
"Cih!! Lelaki mane yg ko jumpe tu.Huhu" Adam ketawa.
"Ah, tak kisah la kat mane aku jumpe. Tapi...kat umah ko tu orangnya macam
mana? Semestinya tak macam ko cakap tadi, kan. So dia kasar, gelak macam
tapir masuk kandang ayam, pelahap selambe badak. Begitu ke?"
"Aih...sampai macam tu sekali? Kat umah aku tu ok je la. Relax, steady,
cool. My cool wife, you know...hehehehe" Adam tergelak lagi.
"Wow...ni yg unik nih. Bole lunch kat umah ko tak?" Hamdi seakan berminat.
"Hah? tak bley, tak bley..." Adam menahan senyum nya.
"Ohhh...saving ye! Selame ni ko nak simpan duit, kat umah aku le yg ko
bertandang. Air tangan bini aku tu jugak yg ko telan. Bila dah cukup duit,
ko kawin. Pastu ko menganak tirikan aku yg nak merase lunch kat umah ko.
Takpe la Adam, aku paham..." Hamdi menarik muka. Adam pula tergelak sakan
mendengar bebelan kawan rapatnya itu. Ini betul punye kecik hati nih.
"Eleh, ape yg ko paham?" Adam ingin meneruskan usikannya.
"Tak paham pun takpe. Buat-buat paham je udah la" Hamdi masih bermasam muka.
"Esok" Adam masih lagi tersengih melihat Hamdi.
"Ha?" Hamdi terkejut.
"Tak nak?"
"Nak..." Laju Hamdi menjawab.
"Tau ke nak ape tu?" Adam menduga.
"Entah..." Hamdi menjungkit bahu.
"Lunch la...lunch" Adam menggeleng kepala.
"Itu ler. Jauh sangat mengelamun. Kalau iye pun nak bawak diri tu, agak-agak
ler skit...huhuhu" Adam menumbuk bahu Hamdi.
"Janji aaa...janji..." sinar bahagia menyelubungi mata Hamdi.
"Iye, bawak Shima sekali tau. Boleh diorang jadik geng nanti" Adam
tersenyum.

[kat rumah]
Adam mengintai Zai di dapur. Hampir keseluruhan dapur diselongkar oleh Zai.
Apa yg dicarinya...entah? Tapi nampak kemas aje dapur tu. So, boleh ke
dikatakan Zai yg selongkar dapur? Atau dia kemas dapur tu? Ah, lantak la,
asalkan tak mengundang marah Zai sudah la.
"Hai..." Adam bersuara sejak mengintai dari balik pintu.
"Erm..." Zai menoleh memandang Adam sedang tersenyum, lalu kembali
menyambung kerjanya.
"Awak, tak payah la kerja berat sangat. Nanti awak penat..." Adam sudahpun
duduk di kerusi makan.
"mmm..." Zai selamba. Macam la dia tak pernah kerja berat sebelum ni? Hei,
ini anak Mak Mah tau. Semua kerja boleh buat! Sibuk aje dia ni. Pegi la
mandi...
"nak tolong?" Adam malas-malas bangun.
"Takpe.." Zai masih lagi dengan kerjanya.
"Nanti tangan awak luka..." Adam menggaru kepala. Apa yg dia cakap nih? Dah
tak ada modal ke?
Perlahan-lahan Zai menoleh menampakkan mukanya yg tak puas hati. Dah tak ada
benda lain ke yg orang tua ni nak merepek? Eiii...naye aje karang...
"Ehe he..saya rasa nak mandi dulu lar...karang kite sambung borak lagi
ye...bye!" tersekat-sekat Adam mencari alasan. Lalu bergegas menaiki anak
tangga.
Zai merengus. Ape la dia tu. Kalau nak tolong, buat cara nak tolong.
"Awak..." Adam berbisik.
Zai bangun perlahan-lahan dan bercekak pinggang. Sudah naik lenguh dari tadi
asyik bangun duduk, bangun duduk. Yg dia ni kenapa? Nak dera orang ke?
"Awak, jangan la marah saya. Saya nak minta maaf, ye..." Adam senyum dan
terus hilang di mata Zai. Zai tercengang. Mana ada dia marah? Cuma...dingin.
Tapi, kesian Adam. Lelaki sebaik dia tak sepatutnya bertemu jodoh dengan
orang macam dia ni. Hai...bila la dia ni nak serik.

"Alaa..hai. Camne nak bagitau dia ni? Kalau nak kensel plan ngan Hamdi esok
camne,ek.
ha? Gile ko, mau nye dia mengamok.
Tapi, ape aku nak cakap?
Ala, cakap je la kawan ko nak datang, abis citer.
Mmmphh...cakap senang la brother. kalau aku kene ketok ngan sendok kat dapur
sok camne?
Eishh..takkan la Zai sanggup buat camtu. Dia tu nampak je dingin, tapi baik
tau. Dari kecik ko membesar dengan dia kan?
Ye tak ye...Ah, tak kisah la. Ape nak jadik, jadik le. At least aku try!"
Adam berperang dengan dirinya sendiri, cakap sorang-sorang cam orang dah tak
senter. Cepat-cepat Adam menutup pintu berandanya dan mencapai kunci kereta.
"Aku nekad, aku nekad, aku nekad" Adam berkobar-kobar.

"Erm, awak?" Adam berdiri di sebelah Zai yang sedang mengelap meja makan.
"mmm..." sepatah kata dari Zai. Maksudnya 'Apa?'. Adam aje yg paham bahasa
ini.
"Saya nak gi market ni. Esok kawan saya nak datang" bulat anak mata Adam
menanti jawapan dari Zai. Agak-agak dia nak capai periuk ke kuali tu ha?
Alahai...
"Sekejap..." Zai membasuh tangannya dan berlalu menaiki tangga.
"Eh? Eh?" Zai meninggalkan Adam di dapur dengan seribu tanda tanya.
"Awak..." Adam terkedu.

"Eh? Entah-entah dia nak kemas kain baju dia tak? pastu suruh aku hantar kat
umah dia malam ni jugak...mak, ape along nak jawab ni? alaaa..." Adam
mundar-mandir di dapur mencari jalan untuk memujuk isterinya tak lari balik
rumah mak mertua.
"Buat ape tu?" berkerut dahi Zai melihat Adam yang cemas tak memasal.
"Erk! Tak...Tak ada apa-apa" Adam memerhatikan sekeliling Zai. Takde beg
pun. Tak nangis-nangis pun. eh, dia ni betul ke nak balik rumah mak ni?
"Okay, okay, kita bincang elok-elok..." Adam menarik nafas dalam² lalu duduk
di kerusi makan.
"Bincang?" bertambah berkerut dahi Zai.
"Ha lar..." Adam mengangguk.
"tadi kata nak pergi market?"
"Aaa..kite nak pergi market la ni" Adam menggangguk kepalanya. Baru Adam
tersedar.
"Hei..." Zai menggeleng kepala.
Adam bingkas bangun dan dengan selambanya meninggalkan Zai dibelakangnya.
"Ei...awak jangan dera saya lar..." terus hinggap satu cubitan di lengan
Adam.
"Adeh! Maaf la. Kadang-kadang saya ni melalut skit" Adam tersenyum sambil
mengusap-ngusap lengannya. Sakit...

Sejak masuk kereta tadi, tak pernah lekang senyuman Adam. Happy giler! Sebab
tadi Zai cubit sampai sakit. Pastu Zai duduk kat sebelahnya dalam kereta.
Yak yak yey...
"Awak nak masak ape esok?" Adam mula abersuara.
"Tak tau" jawab Zai perlahan.
"Takpe. Biar saya yg masak. Awak rehat la dulu, saya tau awak tak rasi lagi
dengan tempat ni kan?" akhirnya Adam berkata-kata seperti orang dewasa.
Kalau tidak, asyik nak berteka-teki dengan diri sendiri aje kerjanya.
"Maaf..." Zai terdiam mencari ayat untuk menyambung perbualan. Zai sedar yg
dia sudah banyak menyusahkan Adam.
"Ala, takpe. Saya faham. Ambil masa sebanyak mana yg awak perlukan"
"Apenye?"
"Saya faham apa yg awak maksudkan tu" Adam memandang anak mata Zai
dalam-dalam. Zai tunduk.
"Eh, ape kata kita pergi tengok wayang nak?" Adam berbisik.
"Malam-malam ni?" Zai mencari kepastian. Dah pukul 9:30 malam ni.
"Ha lar...nak tengok citer katun. Nak? Ala, nak la..." Adam memujuk Zai yg
ragu-ragu. Ni dah melencong hala tuju ni. Tadi kata nak pergi market.
"Tak kisah la" Zai mengikut. Sejuk hati Adam. Memang baik asuhan Mak Mah.
Adam menerima Zai menjadi isterinya dulu pun mengenangkan Mak Mah yg baik
budi pekertinya. Kini, tak salah pilihannya.

"Dik, cerita Finding Nemo 2. Tiket belakang sekali tau" Adam melirik
pandangan pada Zai yg asyik memandang sekelilingnya. Tak biasa dengan orang
ramai agaknya. Di TGV KLCC ni mana pernah lengang?
"Eh, awak tengok couple tu. Macam suami isteri jek. Hehe" Adam memandang
tajam pada sepasang kekasih yg berkepit rapat tanpa peduli orang
disekelilingnya.
"Jangan nak ngada kacau bebudak tu..." Zai menarik lengan Adam dan
cepat-cepat melepaskannya.
"Ye la. Ye la" Adam mengekori Zai yg sudah berjalan di hadapan.
"Awak nak makan dulu tak?" Adam memintas Zai.
"Makan ape?" Zai memandang sekelilingnya. Tak nampak satu gerai pun. Yg ada
cuma kedai yg menjual pakaian berjenama. Wujud ke tempat makan dalam
bangunan seperti ini?
"Jom la. Makan Burger King nak? Kat situ refill air free tau. Saya
belanja.Hehe" adam tergelak kecil. Memang la dia belanja. Itu kan
isterinya...
"Nak" Zai menggangguk.
Adam tersenyum lebar. Zai kata nak? Hahaha dia kata nak. First time la...

"Awak nak makan ape?" Adam menarik Zai ke sisinya.
"Awak tengok gambar ni puas-puas, pastu awak cakap nombor berapa tau."
"Semua boleh makan ke?" Zai curiga. Ini kan makanan orang putih?
"Ha'aa...ni kan tanda halal ni" Adam tersenyum.
"Ah, tak kisah la. Ape-ape aje la" Zai buntu. Dia mana pernah memesan
makanan sebegitu? Nak bayangkan rasanya pun tak tahu.
"Okay. Dik, bagi apa-apa je dik. 2 set tau" Adam membuat pesanan.
"Eh? Jangan la macam tu bang. Cakap la nak set yg mana satu?" cashier muda
itu tersenyum memerhatikan Adam.
"Tak kisah la dik. Adik suka makan set yg mana satu?" Adam merumitkan lagi
keadaan.
"Hei, mana ada orang pesan macam tu?" Zai mula bersuara. Tak sangka yg Adam
ni suka menyakat. Sampaikan adik yg tak bersalah tu pun disakatnya.
"Hehehe...saya pun tak tau nak makan ape la" Adam tersengih.
"mmmph..." Zai menarik muka. Bermaksud 'sukati awak la'.

Dalam panggung...
Sejak tadi anak mata Adam tidak lepas dari memandang Zai mengekorinya dari
belakang. Risau kalau-kalau tersesat dalam panggung tu. Dah la besar, ramai
orang pulak tu. Kang kene ngorat pulak sape susah? hehe...
Zai jalan tunduk ke bawah. Mata-mata yg galak memandang susuk tubuhnya itu
terlalu liar. Banyak pulak tu. Perasaannya ketika ini sama saja ketika
berjalan pulang seorang diri dari mengaji dan melalui jalan kampung yg tidak
berlampu tu. Ei, seram...patut la mak kata wayang ni masjid setan.
"Hai" tiba-tiba Zai ditegur oleh seorang lelaki yg datang dari arah
hadapannya. Cepat-cepat Zai berlari mendapatkan Adam dan berjalan
berdampingan dengannya. Adam tersenyum. Takut juga dia ni ye. Eh, silap.
Sayang jugak dia ni kat aku ye. Hehehe...perasan la aku! Ceh!

"Sejuk tak?" Adam memandang Zai yg memeluk tubuh disebelahnya.
"Tak" mata Zai masih tidak berganjak dari memandang tayangan di hadapan.
"Nah..." Adam membuka baju sejuknya.
Zai menggeleng. Adam menggangguk. Zai menggeleng lagi.
"Eii...ambik je la. Sejuk ni..." Adam memandang serius wajah Zai.
"erm..." Zai mengangguk. Bermaksud 'terima kasih'.
"ermmm.." Adam tersenyum. Bermaksud 'sama-sama'.
Leka juga Zai menonton cerita kartun ni. Sampai tak sedar yg dari tadi Adam
asyik memerhatikannya. Bila agaknya Zai nak gelak ye? Macam mana rupanya
kalau Zai tersenyum? Ketawa? Lambat lagi ke. Adam masih menunggu. Niatnya
membawa Zai menonton kartun ni bukannya sebab apa. Trick aje ni. Sebenarnya
dia nak lihat Zai senyum ketawa. Tapi nape tak gelak jugak ni? Tak kelakar
ke?

Adam memandang Zai yg terlena disebelahnya. Sebaik saja memasuki kereta Zai
terus lentok. Penat la tu. Hmmm...tak pegi market. Ala Hamdi, sorry le
bebanyak. Ko makan aje la ape yg ade dalam peti ais aku esok.
Zai masih lagi terlena ketika kereta memasuki anjung rumah. Mungkin Zai ni
mudah terlena bila kena air cond tak? Okay, esok gak aku pasang air cond
dalam bilik. Huhuhu...
"Eh..." Zai tersedar. Jam menunjukkan tepat pukul 12:30 malam. Zai
mengesat-ngesat matanya.
"Nak saya papah tak?" Adam mula menggatal mencari nahas.
Tajam anak mata Zai memandang Adam.
"Err...saya gi kunci pintu pagar" pantas Adam keluar dari kereta dan
mendapatkan pagar-pagarnya. Nasib baik ko ade pagar. Kau la penyelamat aku
malam ni. Aku bukan takut bini la, encik pagar. Aku cuma tak nak bagi dia
marah je. Tu je. Lagipun, dia sepatutnya hidup aman damai sekarang tau.
"ehem..." Zai berdehem dari pintu rumah. Maksudnya 'dah tak nak masuk rumah
ke?'
"Eh, kejap...kejap" Adam bergegas memasuki rumah.

[esoknye]
Adam balik cepat dari office hari ni, nak masak skit. Masak kuey tiaw goreng
aje. Teringat pulak masa kecik-kecik dulu meniaga dengan mak. Pagi-pagi lagi
dah bukak gerai kat tepi pekan. So, kalau setakat nak rush masak kuew tiaw
goreng, nasik lemak, mee hoon goreng, tak ada masalah punye.
"Assalamualaikum..." Adam memberi salam perlahan semasa memasuki ruang tamu.
Lalu terus menuju ke dapur.
"Hai..." Adam menyapa Zai yg sedang memotong bawang. Eh, bawang putih,
bawang merah, halia, kunyit, dan sawi pun ade kat atas meja.
Zai memandang tajam pada Adam yg tercegat di tepi pintu.
"Eh, saya dah bagi salam la tadi" Adam seakan-akan faham apa yg difikirkan
isterinya itu."Tapi perlahan la..." Adam tersenyum.
"mmmph..." Zai meneruskan kerjanya. Adam faham-faham aje ape yg patut dia
buat.

Tak lama selepas itu...
"Assalamualaikum..." Hamdi mengetuk pagar rumah Adam.
"Abang jangan main-main. Betul ke Adam dah kahwin?" Shima masih ragu-ragu.
"Abang jangan pakat dengan Adam lagi nak kenekan Ema ye?" Ema memberi
amaran. Sudah tak larat lagi nak melayan mereka berdua nih. Suka mengenakan
orang aje kejenye.
"Ishh..tak la. Mane ade nak kenekan Ema. Sebenarnya, abang pun tak tau betui
ke idak si Adam tu dah kawin ke belum. Kalau iye, iye la. Kalau tak, terkene
la kite berdua hari ni. Hehe..." Hamdi menggenggam tangan Shima. Ema jangan
risau, abang di pihak Ema hari ni. =)

"Ha, dah sampai?" Adam muncul berseluar jeans, dan berkemeja-T.
"Ala, dia ni lagi. Aku bukan nak jumpe ko. Datang ni pun nak tengok bini ko
tau. Mane? Mane?" Hamdi menjengahkan kepalanya.
"Abang..." Shima menggeleng kepala melihat dua sahabat tu yg henti-henti
bergurau.
"Ade kat dalam..." Adam berbisik pada Shima. Hamdi perhatikan aje Adam dan
Shima. Ni yg tak puas hati ni.
"Dia cakap ape Yang?" Hamdi mencuit bahu Shima.
"Hehehe...ade kat dalam, la..." Shima berbisik pada Hamdi.
"Ooo..." Hamdi mengekori mereka berdua melangkah masuk ruang tamu.

"Duduk ler. Jangan pegi mana-mana tau." Adam berlalu menuju ke dapur.
"Ala, dia suruh kita duduk pulak la,Yang. Nape tak terus tunjuk? Hehe" hamdi
menahan ketawanya.
"Hei abang ni. Ni nak datang melawat ke nak gatai tengok bini orang?" Shima
merangkul tangan Hamdi.
"Bukan pe,Yang. Abang cam tak percaya je ngan Adam tu. Dia tu kan selalu
buat lawak yg orang lain tak pernah fikir. Kan?" Hamdi menyuarakan
pendapatnya. Ada bernasnya pendapat tu, Shima pun sedia maklum dengan
perangai Adam tu.

"Weh, meh jemput makan" kelihatan Adam menghidangkan sesuatu atas meja
makan. Disebelahnya kelihatan seorang wanita yg kemas berbaju kurung dan
bertudung.
"ha, tu dia lawak Adam hari ni" Shima menarik lengan Hamdi menghampiri meja
makan. "Cantik nye lawak dia kan?" Shima mengusik Hamdi yg terdiam sejak
melihat Zai tadi.
"Betul ke awak ni isteri Adam?" tanpa disedari Hamdi bertanya soalan yg
sering bermain dalam fikirannya.
Zai memandang Hamdi dengan satu pandangan kosong. Tidak berkata apa, terus
menuju ke dapur.
"Abang..." Shima mengetap bibir pada Hamdi. Dan mengekori Zai ke dapur.
"Eh, Adam. Dia nangis ke? Weh, sorry la. Aku tak maksudkan apa-apa pun..."
Hamdi mula rasa bersalah.
"Entah la, Di. Aku rasa dia OK. Cuma malas nak layan ko. Hehe" Adam menyusun
cawan di atas meja.

Di dapur...
"Maaf ye. Suami saya tu memang macam tu. Kadang-kadang saya ni pun
disakatnya. Awak tak ambil hati, kan?" Shima menolong Zai mengelap pinggan.
"Saya tak ambil hati pun." Zai menggeleng kepala.
"Alhamdulillah. Nama saya Shima. Diorang panggil saya Ema. Awak?" Shima
menghulurkan tangan.
"Zulaikha. Mak panggil Zai." Zai bersalaman.
"Ema rasa, kan. Zai pun mesti kene sakat dengan Adam tu kan?" Shima
berbisik.
"Mmm...ade la jugak. Dia memang macam tu ke?"
"Ha'aa. Same macam lagi sorang kat luar tu. Tapi, Adam lagi nakal. Hehe"
"Ema macam dah lama kenal Adam aje"
"Ade la dalam tiga empat tahun ni. Masa kat university dulu satu course"
"Owh..suami Ema?"
"Hamdi? Adam yg kenalkan. Macam-macam Adam buat supaya kitorang jumpa.
Eii...taknak ingat, nakal tau dia tu" Shima tergelak kecil.
"Ema..." Zai memandang Shima.
"Adam ada perempuan lain tak?" Zai menguatkan dirinya untuk bertanya. Sejak
berkahwin dulu dia tertanya-tanya tentang diri Adam. Yang Zai tahu, mak adam
Makcik Salwa, ayah Adam Pakcik Said. Adik nya Amir dan Sarah. Itu aje. Masa
kecil dulu selalu la jugak main tepi bendang sama-sama. Tapi sejak Adam
masuk sekolah asrama, tak pernah jumpa lagi.
"Tak. Saya berani kata dia tak ada perempuan lain..." jawab Shima dengan
tenang. Macam mana Adam boleh ada girlfriend? Selama ini pun keluar berjalan
dengannya dan Hamdi. Mereka bertiga aje.
"Dulu?" Zai bertanya lagi.
"Ha, dulu ade. tapi tu dua tiga tahun lepas" Shima senyum.
"Nama dia Lela." Shima menambah.
"Nape tak tanya Adam sendiri?" Shima pula bertanya.
Zai menggeleng. "Saya...saya..." Zai terkedu.
"Tak apa la. Tak salah kalau Zai nak tahu. Kan?" Shima memegang bahu Zai dan
menghadiahkan senyuman.
Zai menggangguk.
"Jom..." Shima sudahpun mengangkat pinggan dan beriringan menuju ke meja
makan.

"Maaf ye" Hamdi menghadiahkan senyuman.
"Tak apa" Zai mengangguk.
"Ema kerja apa?" Zai berbisik pada Shima yg duduk ditepinya.
"Cikgu" laju aje Adam menjawab soalan yg tak ditujukan padanya itu. Sibuk
aje.
"Kaunselor..." Hamdi memotong cakap Adam.
"Cikgu kaunseling la" Ema tersenyum melihat gelagat Hamdi dan Adam setiap
kali bertengkar tentang profesion nya itu.
"Tapi itu kan cikgu namanya" Adam tak berpuas hati dengan Hamdi.
"Aii...sudah la tu. tak kisah la Ema keje ape. Zai keje ape?" Shima
tersenyum lagi.
"Tak tahu" zai menggeleng.
"Sebelum ni ajar mengaji kat surau" pintas Adam. Zai menjeling pada Adam.
"Ha, bagus la tu" Shima mengangguk.
"Hei, mana ada orang kata AJAR MENGAJI? Orang kata ajar baca Quran la" Hamdi
sengaja mencari salah Adam. Memang macam ni la selalunya. Loyaq buruk.
"Zai jangan layan diorang tu. Ha, nak jadi ustazah tak?" Shima berbual
dengan Zai perlahan, membiarkan Adam dan Hamdi.
"Ha? Boleh ke? Saya ni lulus SRP je " Zai mencari kepastian.
"Boleh ape. Tapi kene ambik kursus mengajar dulu la. tak lama, dalam 3 bulan
aje. Nak tak? Nanti Ema tanyakan pada pengetua, ye?" Shima memberikan
harapan.
Zai sekadar mengangguk.

"Terima kasih sudi datang. bila-bila jemput la datang lagi" Adam menghantar
Shima dan Hamdi hingga ke kereta mereka.
"Nah. kalau nak borak-borak boleh call Ema" Hamdi menghulurkan kad Ema pada
Zai.
"Terima kasih" Zai memandang Shima. Satu-satunya kawan disini.
Trit trit(konon² bunyi hendset)...
"Hantar sekarang boleh tak? Saya tengah free ni" terdengar perbualan Adam.
"Ok. Kami balik dulu. Senang-senang nanti Zai kena datang rumah Ema pulak
tau" Shima melambai Zai.

Tak lama selepas itu...
Sebuah lori sederhana besar berhenti betul-betul di hadapan rumah mereka.
"Ha, dah sampai" Adam tersenyum memandang Zai.
"Ha?" Zai tak mengerti.
"Air cond. Yg macam dalam kereta tu..." Adam menuding keretanya.
"ha??" Zai bertambah bingung. Apa ni? Tak faham betul la dengan orang tua
nih.
"Hehe..tak ada apa-apa la. jom masuk" Adam tersengih.

[seminggu kemudian]
"Hello. Assalamualaikum" Zai teragak-agak mengangkat telefon.
"Wa'alaikumsalam. Ini Ema la. Ingat lagi tak?" ceria Shima.
"Ema..." Zai lega. Selalunya Adam yg telefon rumah ni. Itupun waktu tengah
hari aje. Tapi tak ada la awal pagi macam ni.
"Ni nak bagitau Zai. Tadi Ema ada tanya pengetua pasal kursus mengajar.
Minggu depan tau. Petang karang Ema datang rumah hantar borang, ye"
"Terima kasih Ema. Datang la awal sikit, bole borak-borak"
"OK. Tak ada masalah. Jumpe nanti ye."
"mmm..." Zai mengangguk. Ada juga teman berborak petang ni. Sejak berkenalan
minggu lepas jika ada kelapangan, Shima akan datang melawat Zai di rumah.
Temankan berbual. Di sekitar rumah itu bukannya ada sesiapa pun. Nak
harapkan jiran cina yg sombong tu? Bila berselisih senyum pun tak mahu.

malam itu...
Zai sengaja letak borang di atas meja di ruang tamu. Mudah-mudahan Adam akan
bertanya padanya nanti.
"Assalamualaikum?" seperti biasa Adam muncul tiba-tiba di pintu dapur.
"wa'alaikumsalam" jawab Zai perlahan.
"Nak saya temankan balik kampung ke? Ambil sijil awak" Adam melabuhkan
punggungnya di kerusi makan.
Zai angguk.
"Esok gak saya ambik cuti. Boleh jenguk mak. Dah lama tak balik, kan?" Adam
mencapai segelas air yg duhulurkan Zai.
"erm..." Macam la lame sangat tak balik kampung tu. Tau la dia tu anak mak.

[esok]
"Assalamualaikum..." Adam memberikan salam. Keadaan semakin gelap ketika
mereka sampai.
"Wa'alaikumsalam" Siti membuka pintu rumah.
"Mak! Kaklong ngan Along dah balik!" Siti separuh menjerit memanggil emaknya
di belakang rumah.
"Ha, masuk la. Takkan nak bagi salam aje kat luar tu" Siti berlari
mendapatkan kakaknya.
"Akak dah makan?" Siti berpimpin tangan dengan Zai menaiki anak tangga.
"Dah, singgah kat gerai tadi" Zai mencubit pipi adiknya itu.
"Siti dah habis SPM kan?" Adam cuba masuk kedalam perbualan adik-beradik tu.
"Belum la. Esok, petang esok baru habis. nape? Nak bagi soalan bocor ke?"
Siti berseloroh. Tak macam kakaknya, nak senyum pun tak mahu.
"hehe..tak la. Along nak ajak kamu tinggal kat KL sekejap. Temankan kaklong
kamu tu. Nanti kita boleh gi jalan-jalan. Nak?" Adam tersenyum.
Siti memandang Zai yg mengangguk perlahan disebelahnya.
"Ajak Sarah sekali boleh tak?" Siti tersenyum.
"Dah bercadang pun" Adam mengangguk.
"Yes! Nak gi nak train!" Siti separuh melompat.

"Jemput minum air ni Adam" Mak Mah muncul dengan sedulang air teh.
"Eh, susah susah aje mak ni. Patutnya saya yg buatkan air untuk mak" Adam
membantu Mak Mah menghidangkan air.
"Patutnya ini kerja anak dara ni" lalu mencubit peha Siti.
"Yang terjerit-jerit ni kenapa?" Mak Mah mencubit lagi, geram dengan telatah
Siti yg hyper aktif tu.
"Adei...adeh...mak. Peritnye..." siti mengaduh meminta simpati Adam dan Zai
menyebelahinya.
"Ha, jangan tengok along. Along tak campur" Adam menahan ketawa.
"Mak, Siti nak gi umah Along la camni.." Siti pura-pura merajuk. Padahal dia
ni tak boleh tinggalkan mak lama-lama. Mula la tak tentu hala.
"Merajuk ke?" Zai membelai rambut Siti.
"Tak la. Kan Along yg ajak tadi. La, jangan kata tak jadik pulak, ha. Nanti
Siti merajuk betul-betul..." Siti memberi amaran.
"Ai..mesti la jadi. Siti nak naik train sampai lebam pun takpe" Adam kenyit
mata.
"Adam, Zai ni macam mana? Baik ke perangainya?" Halimah mula bertanya hal yg
meresahkannya sejak Zai menetap di KL.
"Jangan selindung dengan mak. Kalau ada yg tak puas hati beritahu, ya"
Halimah memandang Zai yg sedang tunduk.
"Mak, Zai baik la. Makan minum saya terjaga. Pandai ambil hati, senangkan
hati saya. Mak jangan la risau" Adam duduk merapati Zai.
"Zai ada melawan tak?" Halimah curiga dengan anaknya itu. Rasanya macam ada
sesuatu yg terlindung.
"Tak, tak pernah. Kalau ada apa-apa kami bincang. Kan Iqa?" Adam senyum.
"Kaklong, Along panggil nama manja kaklong kat rumah ke? Hehe...best nye"
Siti berbisik.
"Siti, apa yg disibukkan hal along kamu tu, ha? Dah gatal sangat?" satu
cubitan hinggap di peha Siti. Kali ni kedua belah pehanya perit.
"Aduh, mak. Ampun...tak, tak mau..." mata Siti sudah berkaca. Perit la tu.
"Mak, saya nak minta diri dulu. Nak jumpa mak" Adam meghabiskan airnya.
"ha, elok la tu. Dia pun risaukan kamu berdua" Halimah senyum puas.
"Minta diri, ya" Adam salam dan cium tangan Halimah.
"Zai, apa yg kamu tunggu lagi tu? Cepat..." Halimah memandang tajam.
Cepat-cepat Zai mencapai beg tangannya dan bersalaman dengan Halimah.

Adam memerhatikan sekeliling rumahnya. Kereta berhenti di depan rumah.
"Awak, apa kata kita berpecah? Awak cari lalu ikut pintu depan, saya ikut
pintu belakang? Ok, gerak sekarang..." Adam tersenyum menyakat dan
cepat-cepat menuju ke belakang rumah.
Zai tersenyum melihat telatah anak mak yg dah dua tiga minggu tak jumpa mak
dia. Eh, nasib baik Adam tak nampak. Zai melangkah menuju ke pintu depan.
Dalam fikirannya masih terbayang lagi ketika Adam memujinya di depan ibunya
sendiri. Tapi setakat ini apa lah sangat yg dibuatnya utk Adam?
"Assalamualaikum, cik Salwa..." Adam berbisik di pintu dapur belakang
rumahnya.
Dengan pantas Salwa menoleh dan ketawa. Mana ada orang lain lagi yg
memanggilnya cik Salwa?
"Wa'alaikumsalam" Salwa menggeleng kepala. Anak bertuah ni dah balik lagi.
Tak pernah yg lama kat bandar tu.
"Mak..." Adam memeluk ibunya.
"Iye, anak mak? Ni nampak dek bini kamu mau jeles ni" Salwa ketawa kecil.
"Ala, dia tak kisah.." Adam senyum. Gembira rasanya dapat pulang ke pangkuan
mak.

Ketika lahir aku menangis
dan orang disekelilingku tersenyum gembira.
Mak sahaja yg turut meratap menangis,
merangkul aku sambil menatap wajah pucat ini.
Aku terasa selamat, sungguh...
Dan kini aku kembali ke pangkuannya.
Peluklah daku...

"Along, nape tinggalkan Kaklong kat luar?" Amir muncul sambil tersenyum.
"Adam? Kenapa buat macam tu? Dah, pergi panggil menantu mak. Nak ajak dia
minum sama-sama" lembut tutur kata Salwa.
"Ala, baru nak..."
"Pergi la" Salwa pujuk lagi.
"Mak tau yg anak mak ni sayangkan mak. Tapi dari dulu lagi mak dah pesan.
Satu hari, kalau Adam beristeri, dialah bakal ibu satu hari nanti. Dia akan
pegang gelaran 'emak' pula. Ingat, kan?" Salwa mengusap lembut pipi Adam.
"Tapi Adam sayangkan mak" Adam sudahpun sebak.
"Kalau macam tu, sayangkan emak itu juga. Boleh? Bab sayang ni jangan dibuat
main" perlahan-lahan Salwa meleraikan genggaman Adam.
"Ya, mak. Adam ingat pesan mak" Adam cuba untuk senyum.
"Assalamualaikum, mak" Zai sudah muncul di dapur.
"Wa'alaikum salam" Salwa bersalaman dengan Zai lalu mencium dahinya.
"Mak, mak masak pe?" Adam menjengahkan kepalanya ke kuali.
"Cekodok. Meh duduk sini" Salwa menarik lengan Zai dengan lembut untuk duduk
disisinya.
"Mak sihat ke?" Zai menuangkan air untuk mak mertuanya.
"Alhamdulillah..." Salwa tersenyum melihat Adam dan Zai balik melawatnya.
Terubat rindu di hati. Emak mana yg tak gembira melihat kehidupan anaknya
dalam bahagia? Itu kan yg diperjuangkan untuk anak-anaknya selama ini?
"Ada tak Adam buat apa-apa pada kamu? Cakap je, tau la mak ajar dia tu"
Salwa menjeling pada Adam. Bukan dia tak percayakan Adam, tapi hendakkan
kepastian.
"Tak. Dia baik. Mak jangan la marah dia" Zai meminta simpati.
"Bukan mak bermaksud nak campur urusan kamu berdua, tapi mak ambil berat
aje. Maaf ya, Zai" Salwa mencapai tangan Zai.
"Tak. Tak. Tak. Zai tak kisah" cepat-cepat Zai menggeleng.
"Mak, orang angkat cekodok ni ye. Dah kuning lar.." Adam yg sedang sibuk
menggoreng itu buat-buat tak dengar perbualan Zai dan emaknya.
"Ha, sudah la tu Adam. Meh duduk sini. Biar Sarah yg sambung karang" Salwa
menuangkan air kosong untuk Adam.
"Adam tak minum teh, tau" Salwa sempat berpesan pada Zai.

"Dah nak balik ke? Kenapa tak tidur semalam dua kat sini?" Halimah memandang
Zai dan Adam dengan sayu. Baru dapat jumpa sekejap, dah nak balik.
"Esok kerja, mak. Lagipun saya nak daftarkan Zai esok. Kalau ada rezeki,
boleh jadi ustazah nanti" Adam senyum, memujuk Halimah.
"Iyelah. Jaga diri baik-baik" Halimah yg masih rindu itu seakan tidak mahu
melepaskan anak-anaknya itu.
"Minta diri dulu ya, mak" Zai melambai sayu.
"Siti jangan lupa telefon Along bila sampai KL nanti tau" Adam sempat
berpesan pada Siti yg senyap sejak tadi. Sedih nak berpisah dengan kakaknya
la tu. Esok nak berpisah dengan maknya macam mana la pulak.
"Sarah kan tau rumah Along" Siti mendekati Adam yg sudahpun berada dalam
kereta.
"Ah, tak mau la naik teksi. Esok Along jemput, boleh naik train. Amacam, OK
tak?" Adam menghulurkan sekeping not 50 pada Siti sorok-sorok. Masa
bersalaman dengan Halimah tadi sempat juga dia hulurkan 100. Puas berperang,
baru la diterimanya.
"Eh, tak nak la" Siti menggeleng sambil berbisik. Tak mahu menerima not
sebanyak itu.
"Ambik la Siti. Tak yah la sopan-santun sangat. Ni Along la. Balun je.
Hehe.." Adam kenyit mata.
"Ha, ajar la adik saya tu balun-balun.." Zai menjeling, tapi cover-cover.
"Awak jangan sakat saya, nanti saya jerit. Mak ada tu" Adam sempat buat
lawak bodo semasa riverse kereta.
"Sape yg selalu sakat sape?" Zai mengetap bibir.
"Baik awak senyum, kalau tak, mak nampak. Kantoi la awak. Huhu.." Adam
senyum menyakat.
"Mmmphh..." Zai berpaling. Maksudnya 'malas layan awak'. Adam je yg paham.
"Hehe.." Adam tak habis gelak lagi. Adam gembira bersyukur. Zai dah boleh
bercakap lebih dari 5 perkataan dengannya sekarang. Berbanding dulu satu
perkataan jek.

[esok]
Adam memerhatikan Siti dan Sarah yg duduk di belakang kereta. Seronok benar
diorang perhatikan persekitaran KL ni. Waktu malam begini memang la nampak
cantik.
"Nak singgah mana-mana tak" Adam berpaling dan senyum.
"Ha? Singgah mana? Mana la orang tau, Along. Ni bukan tempat orang la" Siti
mencebik. Sarah sekadar senyum.
"Yela. Nak makan-makan ke, nak jalan-jalan ke" Adam memberi cadangan.
"Entah la Along. Sarah nak terus gi umah along jek. Makan kat rumah je la,
kan Siti?" Sarah mencuit Siti supaya mengangguk sama.
"Ha'aa. Mak pesan tak baik la perempuan merayau malam-malam. Ni kan pulak
kat KL. Takut la" sokong Siti.
"OK. Kalau macam tu kita pergi market jap, beli barang nak masak. Pastu
balik rumah. Puas hati tak ni?" Adam senyum.
"Ha, Along. Orang nak coklat besar" Siti sudahpun tidak tentu hala setelah
terdengar Adam menyebut market.
"Sarah nak aiskrim..." Sarah pun turut eksaited.
"Eii..perempuan.." Adam mengomel.
Adam memerhatikan Zai yg sejak tadi membisu. Mukanya agak pucat.
"Awak? OK tak?" Adam berbisik pada Zai.
Zai menggeleng. Ahh...sudah. Apa yg dah jadik ni.

Sebaik saja sampai di rumah, Zai bergegas masuk ke bilik. Mujur la Siti dan
Sarah tak perasan sangat keadaan dirinya itu. Mana tak nya, dah di rasuah
dek Adam dengan coklat dan aiskrim.
"Siti, Sarah. Jangan lupa telefon mak karang tau. Risau pulak diorang kang"
pesan Adam sebelum menaiki tangga.
"Awak?" Adam mengetuk pintu bilik. Tidak berjawab. Adam menguak pintu dan
terlihat Zai sedang menekan perutnya, seperti menahan sesuatu.
"Awak period ke? Jap saya ambilkan tisu" Adam berpaling dan tiba-tiba Siti
terpaku memandang mereka.
"Kaklong period?" Siti seakan terkejut mendengar perbualan yg tak sengaja
didengarinya itu.
"Ala, biasa le tu Siti. Perempuan, kan?" Adam mengalihkan pandangannya pada
Zai. Muka Zai pucat.
"Saya gi ambik menda tu jap ye" Adam berlalu.
Siti memasuki bilik dan menutup pintu rapat-rapat.
"Along tak sentuh Kaklong lagi ye?" Siti duduk disebelah Zai.
Zai diam.
"Nasib baik Kaklong. Kalau Kaklong kat kampung, nak jawab apa kat mak?" Siti
menggeleng. Walaupun ini bukan urusannya, tetapi Siti seakan tidak percaya
yg Zai masih keras hati. Ingatkan dah semakin OK.
"akak...akak..." Zai tak terkata sambil menahan kesakitan.
"Dah la tu kaklong. Sampai bila nak simpan dendam macam ni? Tak rasa sakit
ke, ha? Apa, Along tu tak baik ke?" Siti menggenggam tangan Zai.
"Kaklong tau tak, dalam bas tadi, ada orang mengurat Siti dengan Sarah. Tapi
kami tak layan, sebab kami ni kecik lagi. Tapi kami berharap satu je.
Harap-harap bila besar nanti dapat orang macam Along" Siti memandang Zai yg
tunduk sepi itu.
"Apa salah Along pada Kaklong? Sebab dia anak mak? Memang dia nampak
sayangkan makcik Salwa lebih dari Kaklong, tapi dia juga sayangkan Along tau
tak? Itu mak dia, ini isterinya.." Siti sudah tidak dapat menahan air
matanya.
"Siti betul-betul berharap, satu hari nanti. Allah akan uji Kaklong. Biar
Kaklong sedar, yg tempat Kaklong adalah disisi Along.." perlahan-lahan Siti
bangun meninggalkan Zai yg masih duduk diam.

"Awak, ni tisu" Adam muncul dengan senyuman.
"Terima kasih" Zai mencuri pandang wajah Adam.
"Ye?" Adam perasan.
"Tak..tak de pape" Zai bangun dan menuju ke bilik air.
"Nak saya papah ke?" Adam menghulurkan tangannya.
Zai menggeleng.
"Jalan elok-elok, nanti jatuh nak tanak saya terpaksa papahkan. Take care,
OK" Adam masih lagi memerhatikan Zai.
Sebelum Zai menutup rapat pintu bilik air, sempat Zai mencuri pandang pada
Adam. Adam tersenyum setelah menyedari Zai memandangnya.
Zai bersandar pada dinding dan melepaskan keluhan panjang.

"Hei, korang. Bawang dah potong ke belum? ni dah nak tumis ni. Cepat la,
cepat la" suasana agak bising di dapur dengan hilaian tawa Sarah, Siti dan
Adam. Kelihatan Sarah sedang memegang sudip manakala Siti dan Adam sedang
tergesa-gesa memotong bawang, cili, daging dan sayur di atas meja.
"Ala, Sara ni nape awal sangat panaskan minyak tu.." Siti berlari anak
membawa bawang.
"Hei, korang jangan lupa halia ni.." Adam berlari mendapatkan Sarah.
Bergamit bunyi bawang ditumis. Mereka pula tergelak-gelak bila percikan
minyak mengenai mereka.
"Adeh, adeh.." Sarah mengaduh sambil ketawa melihat Siti mengusap-ngusap
tangannya.
"Ei, jangan gelak je tau. Ni, masuk daging pulak" Adam menghulurkan daging
pada Siti. Sebaik saja daging dimasukkan, bau harum menyelubungi dapur.
"Wahh..." mereka bertiga terpaku seketika dengan bau itu.
"Eh, cepat masuk telur pulak..." Sarah mematikan lamunan.
Dari tadi Zai memerhatikan gelagat mereka bertiga dari pintu dapur. Walaupun
hanya memasak mee goreng, tetapi keadaannya seperti mahu berperang.
"Udang ada tak Along?" Sarah menyerahkan sudip pada Siti dan menyelongkar
peti ais.
"Ada kat belah atas tu. Meh sini Along basuhkan dulu" Adam mendapatkan
Sarah.
"Along, along. Carrot ade tak?" Siti menjerit meminta carrot.
"ha, ade ni. Jap Along potongkan" Adam bergegas ke sinki mendapatkan pisau.
"haha..banyak nye rencah mee ni. Along nak letak pe lak ha?" Adam
memerhatikan Siti menggaul mee.
"Along nak letak pe plak ni?" Sarah turut memerhatikan mee digaul.
"Along nak letak cendawan masin bole? jap Along ambilkan"
"Ha? Cendawan masin?. Tanak..tanak" Sarah dan Siti menggeleng membantah.
"Ala, korang boleh.." Adam tergelak kecil melihatkan wajah protes mereka.
"Ala, Along saje ngade nak sabotaj mee kitorang. Tak boleh, tak boleh" Sarah
bergegas mendapatkan Adam dan menyimpan kembali cendawan masin.
"Siti, cepat angkat mee.." Sarah tergelak.
Adam tergelak melihat Sarah dan Siti berusaha menyelamatkan mee goreng yg
penuh dengan rencah tu.


Selesai memasak, Zai membantu mereka mengemas dapur. Zai menggeleng
melihatkan dapur berselerak. Kalau kat rumah, tau la apa jadi kat diorang
ni.

"Along baca doa makan" Sarah sudahpun menadah tangan.
"Ala, Sarah la yg baca. Kat rumah asyik Along aje" Adam mengada-ngada tak
mau baca doa makan. Ape hanginnye malam ni tah.
"Along sorang je lelaki kat sini. Ketua keluarga pulak tu. eii tak malu
tanak baca doa makan" Siti menyampuk.
"Hehe..memang Along tak malu malam ni. Siti la baca." Adam menahan ketawa.
"Tengok la Along kite tu Siti. Malu la orang jadi adik dia..." Sarah mengadu
pada Siti yg sedang tergelak.
"Tahpe hape betul Along ni. Tengok, adik orang dah kecik hati. Along kene
denda basuh pinggan karang. hehe" Siti mengusap-ngusap rambut Sarah. Sarah
memang manja dengan Siti yg setahun lebih tua darinya tu.
"Jangan main-main masa makan" Zai bersuara.
Terus jadi senyap sunyi rumah tu. Tetapi Sarah, Siti dan Adam masih menahan
ketawa.
"Jangan takut Sarah, kita ada Along" Siti berbisik pada Sarah. Diorang tak
tau ke yg Along diorang ni pun turut kecut perut melihat Kaklong ni marah?

Sudah seminggu Siti dan Sarah berada di KL. Perasaan rindukan mak semakin
menebal di hati mereka. Dan esok Adam sudah berjanji untuk menghantar mereka
pulang ke kampung.
"Siti, nape ngan along-along kita tu?" Sarah bertanya semasa melipat baju.
"tah, diorang tu perlukan masa kot" Siti menyedapkan hati Sarah. Seminggu
mereka disini, sudah dapat rasakan yg Zai dan Adam menyembunyikan sesuatu.
Walaupun tak ketara, sudah dapat agak. Zai yg bercakap bila perlu tu nampak
janggal bersama dengan Adam yg suka mengusik.
"Sarah sendiri tahu,kan. Dulu Kaklong tak macam tu" Siti menepuk-nepuk
bantal.
"Tapi Sarah tak sedap hati la nak tinggalkan rumah ni" Sarah termenung.
"Tak ada apa yg boleh kita buat, Sarah. Kita kena balik rumah jugak. Tempat
kita bukan kat sini" Siti memujuk.
"Ha, tu la...tak apa la Siti. Eh, apa kata kita buat sembahyang hajat?" mata
Sarah bulat.
"ha'aa kan?" Siti bergegas mengambil wuduk.

[2 bulan kemudian]
"Assalamualaikum...assalamualaikum" terdengar suara perempuan sedang memberi
salam dari luar. Zai dan Shima yg sedang minum kopi mengintai dari jendela.
"Wa'alaikumsalam. Cik cari siapa?" Zai mendekati pagar yg tertutup.
"Maaf mengganggu ya. Saya nak cari encik Adam" perempuan itu senyum. Manis
wajahnya.
"Ya, ini rumah encik Adam. Tapi dia belum balik lagi" Zai merenung perempuan
itu. Nyata zai tidak pernah mengenalinya.
"Oh, ye ke. Saya ni kawan lama dia. Tak apa kalau macam tu" perempuan itu
menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Lela!" Shima separuh menjerit dari pintu rumah.
"Ema?" perempuan itu tersenyum lebar.
Zai terkejut mendengar nama 'Lela' disebut. Tersentap hatinya.
"Zai, ini Zalela. Kawan satu universiti dulu" Shima memperkenalkan.
"Bila sampai?" Shima pula bersalaman.
"Dah sebulan la" Zalela tersenyum.
"Jemput masuk..." Zai membuka pagar.
"Ini Zulaikha" Shima sudah mula serba salah.
"hai..." Zalela salam sekali lagi dengan Zai penuh ceria.
"Isteri Adam" sambung Shima.
Ketika itu Zai dapat rasakan Zalela tersentap. Cepat-cepat Zalela melepaskan
tangannya. Zalela merenung Zai dalam-dalam. Macam tak percaya, Adam yg cukup
dikenalinya selama ini sudah kahwin? Nak ada girlfriend pun punya payah!
"Lawa orangnya.." sepatah perkataan yg keluar dari mulut Zalela.
"Jemput la masuk. Boleh minum sama-sama" Zai cuba untuk bertenang.

Malam itu Zai termenung di beranda. Zai sedang berperang dengan perasaannya
sendiri. Perlukah dia mengalah demi kebahagiaan Adam dan Lela? Setahunya
Lela baru pulang dari Edinburg setelah menamatkan pengajiannya. Lepas tu
terus cari Adam, sebulan lepas tu baru jumpa. Agaknya cinta Zalela begitu
mendalam, tidak sepertinya. Zai membayangkan wajah Adam dan Zalela. Sesuai,
secocok. Agaknya, sudah tiba masanya untuk Zai berundur.
Lagipun, dia dan Adam tidak melakukan apa-apa pun. Jika Zai berterus-terang
dengan Zalela sudah tentu Zalela akan faham. Akhirnya, Adam akan hidup
bahagia jua. dan Zai, dia akan kembali ke pangkuan ibu dan adiknya di
kampung. Masa depannya akan difikirkan kemudian. Biarlah Zai korbankan Adam,
korbankan kursus mengajarnya.
"Awak, nape duduk sorang-sorang kat luar? Sejuk la" Adam selimutkan badan
Zai dengan tuala kecil. Zai tunduk, tidak berkata sepatah pun.
"Saya masuk dulu, ek. Takmau kacau awak" Adam sudahpun menghilang.
"Semoga awak berbahagia nanti" Zai menekup mukanya. Air mata deras mengalir,
tetapi tiada esakan.
"Eh,awak. Senario dah mula, la. Jom la kita.." Adam terhenti ketika melihat
Zai tunduk tidak bergerak.
"Awak?" Adam sudahpun melutut didepan Zai. Perlahan-lahan Adam membuka
tangan yg menekup muka isterinya itu.
"nape? Saya ada buat salah ke? maaf,ek" lembut tutur Adam.
"Tadi..." Zai membuka mata.
"Ya?" Adam menumpukan perhatiannya.
"Zalela dah balik" Zai merenung anak mata Adam.
"Biar la dia balik" Adam senyum dan menggenggam erat tapak tangan Zai.
Zai menggeleng. "Saya nak balik esok" Zai bangun meninggalkan Adam yg masih
melutut disitu.
Tersirat darah Adam. Dunia seakan kosong dan kegelapan mula menyelubungi
persekitarannya."Kenapa?" satu perkataan terpacul dari mulut Adam itu sudah
cukup untuk menggambarkan kekecewaannya. Apalah dosanya selama ini?

esoknya..
"Saya tak mahu paksa awak. Saya serahkan 100% keputusan pada awak. tapi awak
fikir la elok-elok. Nanti saya sunyi tinggal sorang-sorang" Adam mencuri
pandang pada Zai yg duduk disebelahnya. Kereta meluncur laju menuju ke Kuala
Kangsar malam itu. Setelah Zai berkemas dan meminta Adam menghantarnya balik
malam itu, Adam akur. Adam tidak mahu bergaduh.
Zai diam tak berkata apa.
"Awak, tolong cakap sesuatu. Saya tak tahu apa yg awak fikirkan ni" Adam
masih cuba memujuk Zai.
"Saya akan ceritakan semuanya pada Lela esok" Zai tunduk.
"ha?" Adam terkejut.
"Saya masih tak percaya yg awak buat semua ni kerana Lela, ye" Adam sudah
tidak dapat berkata apa. Terserahlah..

"Saya tolong angkat kan beg" Adam membuka bonet kereta dan mencapai ber Zai.
Cepat-cepat Zai menahan begnya.
"Saya angkat sendiri" Zai berlalu meninggalkan Adam di hadapan rumahnya itu.
Lama Adam memerhatikan Zai, sehinggalah Zai menutup rapat pintu rumahnya.
"Eh,mana Adam?" Halimah terkejut dengan kepulangan Zai.
"Ada kat rumah mak agaknya" Zai mengeluarkan kain bajunya.
"Kenapa tak ikut sekali?" Halimah mengambil tempat disisi anaknya.
"Sebelum apa-apa mak anggap, biar la saya ceritakan semuanya" Zai memandang
Halimah dengan penuh harapan agar memahaminya.

Sementara itu di rumah Adam..
"Sabar la Adam. Zai tengah keliru tu" tenang saja air muka Salwa.
"Entah la, mak. Mak rasa la kan, apa yg jadi kat saya lepas ni? Saya
betul-betul sunyi tanpa Zai" Adam baring disisi Salwa yg duduk bersimpuh.
"Cakap la elok-elok dengan dia. Ha, tu la kamu. Mak selalu pesan, bercakap
tu penting. Kamu dengan Zai tu bukannya banyak bercakap pun. Mengusiknya ada
la.." Salwa memandang Adam yg terbaring kaku itu.
"Kenapa kebanyakan perempuan tak faham ketulusan hati lelaki. Diorang anggap
benda ni main-main ke mak?" suara Adam mendatar menahan sebak.
"Tak lah. Kebanyakannya tersalah tafsir yg zahir. Tersalah anggap yg batin"
Salwa senyum.
"Zai tau tak yg saya tak pernah buat main dengan kasih sayang?" Adam
membelek cincin perkahwinannya.
"Kenapa cakap macam tu?" Salwa membelai lembut rambut Adam.
"Entah la mak. Mungkin dia anggap saya ni meletakkan cinta pada orang. Jika
hilang orang tu, hilanglah cinta saya. Dan sampai mati pun saya akan tetap
cintakan orang tu" Adam mengiring memandang ibunya meminta dibelai.
Sudah cukup hatinya kehilangan kasih, tak tahu mana lagi tempatnya melainkan
emaknya. Kerana Adam tahu, emaknyalah antara perempuan yg betul-betul
menyintainya dalam dunia ini.
"Entah la Adam. Kadang kala perempuan akan bertindak dengan perasaannya
ketika itu" Salwa tak terjawab persoalan yg ditimbulkan. Ketika ini Salwa
seakan-akan dapat merasakan pilunya hati Adam.
"Saya berserah pada Allah saja, mak.." Adam menitiskan air mata, lalu diseka
oleh Salwa.
"Sabarlah, sayang" Salwa menghela nafas pendek.

Di dalam jiwaku disirami salju kasihmu
kususuri jalanmu walau ranjau berliku
cintamu abadi untukku
Tengah saat merindu tafakurku dihadapanMu
deraian air mata gugur dalam sujudku
betapa agungnya cintamu

Gelora, silap tak bisa terpadam
namun harapan menggunung di hati
gelora, kasih tak mungkin terluput
kerana hatiku merantau jauh
ingin bertemu denganmu oh kasih

Rindu mencengkam jiwa
sebak dada tiada tertahan
hanya padaMu tuhan ku serah diri ini
pohon cintaMu yg suci hakiki
(Salju Kasihmu - Siti Nurhaliza)

Halimah diam tidak beerkata apa. Itu keputusan anaknya. Moga-moga Zai diberi
hidayah dari Allah.

[subuh]
"Assalamualaikum.." Adam sudahpun terpacak di hadapan rumah Zai.
"Wa'alaikumsalam" Siti membuka pintu. matanya lebam, air mata masih lagi
bergenang.
"Siti, nape ni. Along datang ni, kan?" Adam memegang erat bahu Siti.
"Kaklong ada kat dalam bilik" Siti duduk di birai tingkap.
"He'ee, comelnya adik along ni menangis.." sempat lagi Adam menyakat Siti.
"Tak mau la kacau orang. Gi jumpa Kaklong, lah" Siti mengorak sedikit
senyuman.
"Jumpe lagi, ek. Bye.." Adam melambai Siti.

"Awak, boleh saya masuk?" Adam mengetuk pintu bilik Zai. Lalu menolaknya
perlahan.
"Hei, assalamualaikum.." suara Zai agak keras. Sedikit marah kerana Adam tak
reti nak bagi salam sebelum masuk bilik orang.
"eh, tadi saya dah bagi salam,la." Adam tunduk. Teringat tujuannya kesini.
Bukannya nak menyakat, tapi nak berbincang.
"Saya nak tanya awak. Awak dah buat keputusan?" Adam menghampiri Zai yg
masih bertelekung.
"Saya tetap dengan keputusan saya" Zai cuba untuk bertegas.
"Baiklah. saya hormati keputusan awak. tapi sebelum tu saya nak beritahu
awak banyak benda. Sebab kita tak banyak bercakap, tu yg saya pendamkan.
Sekarang saya nak beritahu jugak, walaupun awak tak mahu mendengarnya." Adam
menghampiri Zai.
"Awak tahu tak apa yg saya suka tengok awak menjeling kat saya? Saya dapat
rasakan ada mata yg akan memerhati pergerakan saya. Saya rasa selamat disisi
awak. Awak berdikari, dan boleh hidup tanpa saya. Saya rasa selamat
tinggalkan awak sekejap kat rumah, masa saya pergi kerja. hehe..Tapi saya
selalu rindukan awak. Saya suka kena cubit bila awak geram. Masa kena cubit
tu saya rasa macam saya tidak keseorangan, ada peneman disisi yg akan
membetulkan langkah saya yg copek ni...Tapi awak tau tak apa yg saya tak
suka tentang awak?" Zai tersentak.
"Saya tak suka bila mengenangkan awak akan biarkan saya sorang-sorang kat
rumah tu. Nanti saya sunyi, tau?" Adam terdiam.
"Kalau awak tetap dengan pendirian awak, saya terima. Kalau boleh saya
takmau lafazkan perkataan keramat ni. Tapi jika itu kehendak awak, saya
turutkan. Macam mana nak sebut ni ha? Saya tak reti la..." Adam menggaru
kepalanya. Bingung!
Zai menoleh dan melihat Adam terketar-ketar untuk melafazkan sesuatu.
"Ah, saya tak boleh cakap. macam ni la. Bila cincin kahwin saya ni keluar
dari Kampung Manong ni, jatuh talak satu untuk awak. Tapi..." Adam diam
seketika untuk menelan air liur yg terasa pahit setelah melafazkan kata
keramat yg bisa menggoncangkan tiang luh mahfuz itu.
"Nampaknya saya terpaksa mengaku pada satu perkara. Saya rasa...saya.." Adam
menutup matanya supaya air mata tidak mengalir keluar.
"Saya cintakan awak..." Adam tersenyum ketika pejam.
Zai terkedu. Sebak melihat Adam terpaksa melalui detik-detik yg pahit itu
seorang diri sedangkan dirinya diam mambatu sejak tadi.
"Saya minta diri dulu, maafkan segala kekasaran abang" Adam berlalu setelah
tidak mampu menahan air matanya.
Zai tidak berganjak dari tempatnya sejak tadi. Tiba-tiba zai merasakan
kehilangan. Bergemersik telinga Zai mendengar Adam melafazkan perkataan
'abang' padanya tadi. Baru Zai sedar yg dirinya telah mengabaikan seorang
lelaki yg begitu agung untuk dijadikan seorang pencinta. Tiba-tiba tangannya
menggeletar. Sunyi merewang di udara.
Siti menguak pinti bilik sambil menangis.
"Siti, ape kaklong patut buat?" Zai mendapatkan Siti.
"Siti, jawab la.." Zai merayu.
"Dah lega dendam akak terhadap Budin tu? Akak ingat mak kawinkan akak dengan
Along ikut suka-suka? Mak fikirkan kebahagiaan kaklong tau tak? Kenapa akak
ni terlalu ikutkan perasaan? Degil !" Siti melepaskan genggaman Zai. Kecewa
dengan sikap kakaknya itu.
"Siti..." Zai menangis teresak-esak.
"Akak ingat senang ke nak dapatkan cinta yg ikhlas? Cinta yg kaklong abaikan
ini hanya datang sekali saja dalam hidup. Sekali dia hilang, tak perlu la
kaklong carik lagi" Siti memapah Zai yg terjelepok di lantai ke katil.
"Jangan la seksa kaklong lagi, Siti..." Zai merintih.
"Siapa dera siapa?!" Siti menggenggam erat bahu Zai.
"Maafkan kaklong, Siti.." Zai memeluk erat Siti.
"Maafkanlah diri kaklong tu sendiri. Tolong la buat sesuatu sebelum
terlambat, kaklong" Siti merayu. Air mata sudahpun membasahi telekung Zai.
"Nak buat apa ni, Siti!!" Zai seakan hilang arah nya.
"Kaklong dah dapat rasakan sunyi tu, kan? ha? Lebih pedih dari dendam
kaklong, kan? Cepat la pergi la kejar Along!!" Siti menggoncang bahu Zai.
Moga-moga kakaknya itu kan tersedar.
Zai mengangguk. Disekanya air mata lalu berlari sekuat hatinya. Bagai
dirasuk, Zai berlari meredah kabus pagi yg masih menebal. Dalam hatinya
hanya memanggil satu nama. Adam...Adam...

"Mak, semoga kaklong dapat kejar kebahagiaan yg dia abaikan selama ni" Siti
memeluk Halimah dan menangis tersedu-sedu.
"Sabar la sayang. Selalu mak doakan kebahagiaan kamu semua" Halimah turut
menangis melihat Zai berlari meredah kabus dan menghilang di balik
kesamaran.

"Mak.." Zai termengah-mengah setibanya di rumah Adam.
"Zai?..Kenapa ni, nak?" Salwa bergegas mendapatkan Zai.
"Abang Adam mana mak? Abang Adam??.." Zai menahan nafasnya. Zai melihat
sekeliling, kereta Adam sudah tiada. Tiada!
"Abang..." Zai menangis teresak-esak dan terjelepuk jatuh ke tanah.
"Ya Allah..Zai. Kenapa ni?" Salwa kaget.
"Kenapa ni mak?" Sarah menjengah ke luar rumah.
"Awak?" cepat-cepat Adam memapah Zai untuk masuk ke dalam rumah.
"Abang..abangg.." cepat-cepat Zai memeluk Adam.
"Jangan tinggalkan Saya, abang" Zai menangis teresak-esak dalam dakapannya.
"Syukur, abang tak pergi lagi.." Zai merintih.
"Maafkan Zai, abang" Zai merenung dalam anak mata Adam.
"Awak, cincin, awak..dalam kereta" cepat-cepat Adam meleraikan pelukan Zai
dan berlari entah kemana. Meninggalkan Zai terpinga-pinga.
"Kenapa ni Zai?" Salwa yg tidak faham sudahpun risau.
"Kereta Abang Adam mana mak?" Zai menyeka air matanya.
"Amir bawak ke pekan. Ke pasar katanya. Apa halnya ni?" salwa menibas-ngibas
Zai.
"Kalau cincin kawin kami keluar dari kampung ni, saya jatuh talak satu, mak"
air mata Zai mula bergenang kembali.
"Ya Allah.." Salwa terkesima.

Adam berlari merentas jalan yg tidak berlampu. Samar-samar.
"Ya Allah, semoga restuMu bersamaku" Adam terus berlari tanpa memikirkan
dirinya kepenatan.

Ketika itu...
Amir masih lagi menunggu sekumpulan lembu dihadapannya melintasi jalan yg
sempit itu. Sudah berapa lama dia menunggu disitu.
"Amirr.." terdengar suara memanggilnya.
"Aik? Biar benar."Amir melihat sekelilingnya. Tak ada orang, lembu ade la.
"Amirrr.." suara itu makin dekat menghampirinya. Cepat-cepat Amir masuk gear
satu.
Tok Tok Tok !! Cerminnya diketuk.
"Tidakkk...jangan ganggu akuuu..." Amir menjerit sekuay hatinya.
"Hoi! Ni Along, la" Adam bersandar pada keretanya.
"La, Along ke yg jerit tadi?" panik Amir sudah hilang.
"Iye la.." Adam mengambil nafas sebanyak mungkin.
"Lar..nape tak jerit name Along je tadi. Baru la saya tau Along yg panggil.
Hehe" Amir keluar dari kereta dan bersandar ditepi Adam.
"Loyar buruk" Adam tersenyum. Mengah tak hilang lagi ni.
"Ha, along muncul kat sini nape lak? Dah tak sabar nak balik KL?" Amir
menepuk bahu Adam.
"Tak. Along stay. Sebelum tu..." Adam bingkas bangun dan mengambil sesuatu
dari dashboard nya.
"Okay, along gerak dulu, ha" Adam mula berlari lagi merentas kabus yg
dingin.
"Aii...nape la ngan Along aku ni. Dah seronok lari-lari pepagi buta pulak"
Amir memasuki kereta dan terus ke pasar.
"Hmm...dah lama tak makan ayam ni. Elok gak aku beli daging, bole la masak
daging masak kicap" Amir sempat mengomel.

Zai mundar-mandir di ruang tamu. Resahnya hati.
"Bawak berehat dulu, Zai. Jemput minum air ni ha" Salwa menghidangkan teh.
"Assalamualaikum.." Adam muncul di muka pintu.
Zai terpaku. Cepat-cepat Zai menarik lengan Adam lalu menuju ke bilik Adam.
"Eh, hei..nape main kunci-kunci pintu ni. Saya..saya tak biasa lar.." Adam
bersandar di dinding.
"Awak ni..ngada la" terus Zai memeluk Adam. Adam terdiam, terkedu habis
diperlakukan begini.
"Jangan tinggalkan saya lagi, ya. Saya nak jadi ustazah. Nak makan burger
ngan awak lagi..Tolong jangan tinggalkan saya" Zai menangis.
"Tak lar. Saya takkan buat macam tu lagi" Adam memujuk.
"Awak buat ape?" Zai mendongak.
"Arr..entah..Saya nak senangkan hati awak je. Tu yg cakap macam tu" Adam
melalut ape tah.
"Eii..awak memang nak dera saya tau.." Zai mencubit pinggang Adam.
"Adeh. Sakit.." Adam tersenyum melihat Zai.
"Takpe..banyak lagi masanya awak akan kene cubit, tau" Zai menguatkan
pelukannya.
"Awak, saya cintakan awak" Adam berbisik.
"Saya cintakan awak juga" Zai mengucup bibir suaminya itu. Merah pipi Zai.

Di rumah Zai..
Siti berlari mendapatkan Zai yg beriringan dengan Adam kembali ke rumah itu.
"Tahniah, akak" Siti tersenyum gembira.
"Siti, kaklong nak tanya ni. Mana Siti belajar cakap macam tadi tu?" Zai
berbisik.
"Owh. Orang baca novel, la" Siti tersenyum malu mengenangkan dirinya tadi.
"Terima kasih, Siti" Zai mengucup dahi Siti.
"Nak.." Adam bermuka manja meminta dipeluk sama.
"Eii..gatai.." Zai cubit sekuat hatinya.
"Adeh, awak...awak..tercabut buah pinggang saya lar.." bergema jeritan Adam
mematikan kesunyian kampung.
..........
Jika isterinya terteguk racun, suaminya carikanlah penawar,
Jika isterinya rusuk yang rapuh, suaminya perlu luruskan dengan
berhati-hati,
Suami adalah orang yang mengetahui semua tentang diri isterinya,
Kelebihan, kekurangan...tetapi tetap menyayanginya.
..........