BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 6, 2011

Hargailaaa.. sblm terlewat..



Sekadar renungan bersama..
Jika kamu memancing ikan..
setelah ikan itu terlekat di mata kail
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu..
janganlah sesekali kamu
lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja...
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin akan menderita selagi ia masih hidup..


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak
pengharapan kepada seseorang..
setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya..
janganlah sesekali kamu terus
meninggalkannya begitu sahaja..
kerana dia akan terluka oleh kenangan
bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan
segalanya selagi dia mengingatimu


Jika kamu menadah air biarlah ia berpada,
janganlah terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluanmu..
apabila sesekali ia retak..
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
akhirnya ia terbuang..
sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi..


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
terimalah seadanya..
janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa..
anggaplah dia manusia biasa..
apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya..
sedangkan jika kamu memaafkannya
boleh jadi hubungan kamu
akan berterusan hingga akhirnya..


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..
yang kamu pasti baik untuk dirimu..
mengenyangkan, berkhasiat,
mengapa kamu berlengah
cuba mencari makanan lain.
Terlalu ingin mengejar kelazatan,
kelak nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya
akhirnya kamu akan menyesal..


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu..
Menyayangimu, mengasihimu..
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya
dengan yang lain..
Terlalu mengejar kesempurnaan kelak kamu akan
kehilangannya dan kamu
akan menyesal apabila dia beralih arah....



0 comments: